PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Terkini! Susulan Lari Dari Asrama, Dua Lagi Murid Sk. Pos Tohoi Ditemui, Seorang Maut!
Oleh Kaki Wayang on
Susulan dari kes murid SK Pos Tohoi yang lari dari asrama pada penghujung Ogos lalu kini semakin hampir pasti selesai. Dikhabarkan dua lagi kanak-kanak Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak penghujung Ogos lalu ditemui selamat di Sungai Perias di sini, hari ini.
Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Dalam pertemuan itu juga, satu mayat turut ditemui bersama mereka, bagaimanapun identitinya tidak dapat dikenalpasti lagi.
Penemuan ketiga ini menjadikan lima mangsa keseluruhan ditemui daripada tujuh yang dilaporkan hilang.
Sumber: sinarharian.com.my
Edisi Pengajaran! Sebuah Cerita Cinta Paling Agung, Cerita ini tentang JODOH!
Oleh Kaki Wayang on
Ya.. cinta pada manusia biasa yang namanya lelaki kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan...
Umur yang semakin berinjak jauh meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan memungkinkan aku berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu ditanya kepadaku oleh teman-teman sekuliah dahulu.
"Tak ada buah hati ke?"
"Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam kau ni?"
"Kau ni jual mahal sangat kot?"
"Bergayalah sikit, bagi cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat kau.."
"Aku sudah, kau bila lagi?"
Aduh... mahu melayan satu-persatu pertanyaan mereka memang tidak terjawab. Paling mudah untuk kukatakan ketika itu,
"Belum jodoh lagi.."
atau aku katakan pada mereka,
"Belum bersedia lagi.. .nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak".
Titik.
Berbicara
tentang cinta memang tidak akan pernah habis. Semasa di universiti
dahulu seringkali aku melihat pasangan yang kononnya sedang 'hangat
bercinta' bertengkar atas perkara-perkara yang kecil.
Kadang-kadang
aku ketawa sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis
lakonan di dalam filem Hindustan yang kutonton di televisyen.
Bermacam-macam gaya yang ada apabila si lelaki cuba memujuk si wanita
atau si wanita yang cuba memujuk si lelaki. Aku menggeleng-geleng kepala
melihat gelagat mereka dalam tawa. Perkara yang padaku tidak wajar
dilakukan apatah lagi pasangan itu masih belum punyai ikatan yang sah
dan halal di sisi Islam sedangkan si wanita bertudung dan si lelaki
bersongkok.
Aku
pernah dilamar seorang lelaki pada perkiraanku dapat melengkapi
kekurangan yang ada pada diriku. Tentu sahaja aku mencari seorang lelaki
yang mudah tersenyum, tegas dalam kelembutan, lucu dan bisa membuatku
gembira, dan yang paling penting dia seorang yang sangat menjaga
solatnya dan ibadahnya. Cukup padaku itu dan aku telah bertemu
dengannya. Tapi, seperti yang kukatakan sebelum ini, cerita ini tentang
jodoh...
Arakian,
aku dilamar aku menolak dengan lembut atas alasan kerana mahu
menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kuliah. Ini amanah yang
kupegang sejak mula aku menjejakkan kaki ke menara gading. Aku tidak
suka berpacaran kerana pada aku ianya tidak wajar.
Kukatakan
pada lelaki itu, sekiranya benar dia menginginkan aku menjadi suri
hatinya maka tunggulah sehingga aku dan dia selesai bergraduasi.
Kukatakan juga bahawa aku tidak suka keluar berdua-duaan. Sekiranya
seorang lelaki itu benar mahu memiliki hatiku maka dia perlu memahami
bahawa dia perlu lebih serius untuk mengatur masa depannya berbanding
berpeleseran tanpa hala tujuan yang jelas.
Hubungan
yang dijalin tanpa ada matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan
yang bersungguh-sungguh tetapi hubungan yang terang-terangan
berlandaskan nafsu semata-mata. Sekali
lagi kukatakan di sini, ianya soal jodoh. Allah punya perancangan yang
lebih menarik untukku, terserah padaku sahaja sama ada mahu mencari
hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diriku sendiri tertanya-tanya
mengapa kesudahannya begini dan begitu...
Lelaki itu tidak sanggup menunggu lantas mengambil keputusan mencari yang lain...
Aku
sedikit kecewa namun kubisikkan pada hati agar redha dengan ketentuan
Ilahi. Dalam melayari kehidupan dan mehnah, aku belajar pelbagai
perkara. Setiap hari aku belajar dan adakalanya mengajarkan sesuatu
kepada yang lain. Benar, usia yang semakin bertambah membuatkanku berasa
gusar kerana masih tidak dipertemukan jodoh.
Hidupku
banyak dihabiskan dengan bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran di
universiti. Rakan-rakan lain ramai yang berlumba-lumba mendirikan
rumahtangga dan aku masih lagi sendiri. Agak sunyi tapi kutabahkan hati
supaya aku tidak menjadi seorang yang terlalu menurut nafsunya.
Tiba
saat rezekiku dilebihkan Allah di mana aku diterima bekerja sebagai
salah seorang pegawai psikologi. Tidak perlu aku ceritakan dengan tepat
di mana aku ditempatkan. Sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di
sini, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mencari pasangan hidup.
Niatku hanya mahu bekerja kerana Allah, mencari rezeki untuk keluargaku
agar kami dapat hidup dengan lebih selesa.
Sukacita
sekali lagi aku maklumkan, bahawa ini semua urusan jodoh. Jodoh yang
tertulis kemas di luh mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi
dari pengetahuan hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.
Salah
seorang daripada orang bawahanku yang usianya lima tahun lebih tua
dariku dan tentunya seorang lelaki benar-benar membuatkan jiwaku
bergetar. Entah kenapa, tapi aku takut ianya melalaikan dan bisa
menghumban diriku ke lembah kehinaan. Takut untuk terjerumus di dalam
zina hati.
Lelaki
itu kerapkali mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Tingkahnya yang
kadang-kadang membuatku tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap
sedemikian denganku dan tidak dengan perempuan-perempuan yang lain di
pejabat. Aku positifkan fikiran, mungkin juga kerana aku adalah orang
atasannya dan wajar saja dia menghormatiku lebih daripada yang lain.
Mungkin.
Satu
hari, dengan izin Allah jua ianya terjadi, ketika sedang enak menjamu
selera bersama rakan-rakan sepejabat pada waktu malam, satu rahsia
tersingkap. Salah seorang rakan pejabatku bertanyakan sama ada aku sudah
punya kekasih hati atau belum. Satu soalan yang kukira agak lucu untuk
ditanya. Aku senyum dan menggeleng.
Dia
kemudian berkata, ada seseorang yang dekat denganku ingin menjalinkan
hubungan yang lebih rapat dan serius. Aku dapat mengagak tapi aku
meminta kepastian darinya. Nah! Jelas bahawa lelaki di pejabat yang sama
yang kuceritakan sebentar tadi. Tepat telahanku kali ini. Firasatku
jarang tersasar apatah lagi jika aku mohon agar Allah membimbingku agar
aku tidak menjadi orang yang berprasangka yang tidak baik kepada orang
lain.
Hatiku
menguntum senyum. Tentu saja rasa suka apabila diri disukai oleh orang
lain yang bergelar lelaki. Aku senang sahaja bekerja dengannya. Selalu
di dalam doaku di mana aku memohon agar aku dijodohkan dengan seseorang
yang baik akhlak dan agamanya, bersederhana dalam segala urusan, dan
bonus bagiku sekiranya lelaki itu seorang yang sedap mata memandang...
Lelaki
itu juga hingga sekarang masih mengujiku dengan pelbagai pertanyaan.
Aku cuma menjawab pertanyaannya sekadar yang kumampu dan hingga saat ini
tidak pula dia menyatakan sendiri kepadaku bahawa dia punya 'perasaan'
padaku. Aku juga begitu, walaupun setiap kali bertemu jiwaku rasa tenang
dan gembira.
Namun
cepat-cepat aku sedarkan diri, khuatir kerana dia bukan siapa-siapa
denganku malah bukan mahramku yang layak untuk aku fikirkan tentangnya.
Aku cuba tidak memandang tepat ke matanya kerana fitrah kewanitaan dan
keperempuanan yang malu dan masih menebal dalam diri menjadi perisai
iman yang aku takut makin terhakis.
Cuma satu yang ingin kupesan pada rakan-rakan di luar sana yang masih belum punya 'pacar'.
Usah gusar dan khuatir.
Kamu
tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang
lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu
terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada
perkara-perkara yang tidak patut.
Aku
tidak menyatakan yang aku ini tidak pernah berbuat dosa tapi aku
berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba mengelakkan diriku daripada
tergelincir ke arah itu.
Ingat,
jika ada lelaki yang menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa
yang dia mahukan daripadamu. Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan
punya pacar persis seperti teman-teman yang lain maka jauhkanlah dirimu
daripadanya.
Sekiranya
dia benar-benar serius, mahu mengikat tali perkahwinan, punya kedudukan
kewangan yang kukuh dan latar belakang keluarga yang menyamankan dan
mendamaikan dirimu maka pertimbangkanlah permintaannya untuk menjadikan
dirimu itu sebagai suri hidupnya.
Sekadar
bercerita tentang jodoh. Sungguh betul, ianya urusan rahsia antara yang
tersulit sekali di dalam keterbatasan pengetahuan manusia melainkan
dengan izin-Nya.
Harus
diingatkan, walaupun ianya urusan Allah, namun kita tidak pula
diperintahkan untuk sekadar menanti dan berpeluk tubuh. Proaktif itu
perlu. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan dan diredhai Islam
atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian nanti juga akan direhai
Allah, Insya-Allah.
Sekadar
perkongsian rasa dengan rakan-rakanku tentang urusan jodohku yang masih
lagi samar. Moga sahaja Allah membantu di dalam urusan yang berkaitan
dengannya dan menjauhkan aku daripada melakukan kemaksiatan hati mahupun
tingkah perbuatan secara sir (rahsia) mahupun secara jahr
(terang-terangan).
Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untukku meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka aku redha.
Aku
tidak mahu mengatakan bahawa aku ikhlas menerimanya kerana perkara
ikhlas itu milik Allah yang tiada manusia berhak menyatakan bahawa dia
ikhlas. Biar Allah sendiri yang menghukumkan tentang itu.
Buat
rakan-rakanku yang mungkin sedang mencari jodoh atau telah bertemu
jodoh, aku doakan agar kalian memperoleh jodoh sepertimana yang
diinginkan olehmu.
Ketahuilah
bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka
kerana mungkin saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu
keburukan suatu hari nanti.
Pasangan
kita moga terdiri daripada si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang
ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih
cinta-Nya....
Menantikan kalimah cinta daripada insan yang dicinta... moga kami meraih cinta-Nya, amin.
Edisi Hangat! BR1M Naik, PTPTN Hapus, Harga RON95 dan RON 97 Turun - Ikuti Kupasannya!
Oleh Kaki Wayang on
Bajet Belanjawan 2016. Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia sempena dengan pembentangan bajet 2016 yang akan diadakan tidak lama lagi. Pelbagai perkara diambil kira oleh kerajaan dalam usaha untuk menjayakan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Antara lain adalah melibatkan BR1M, harga minyak petrol RON 95 dan RON97 serta Bantuan Kereta 1Malaysia (BAK1M, Berikut merupakan intipati Belanjawan 2016 yang akan diumumkan kerajaan penghujung tahun ini:
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
- Pemberian BR1M dinaikkan kepada RM400 (Bujang) dan RM1,200 (Keluarga).
Harga Petrol dan Diesel
- Harga petrol RON95 dan Diesel diturunkan sebanyak 60sen, manakala RON97 sebanyak 40sen.
Wang Royalti Minyak
- Wang royalti minyak sebanyak 15% daripada keuntungan bersih tahunan syarikat carigali bertanggungjawab akan diberikan kepada kerajaan negeri yang terlibat.
- Bantuan Kereta 1 Malaysia (BAK1M) bakal diperkenalkan dengan bantuan bayaran deposit sebanyak RM5,000 untuk warganegara berumur 21 tahun ke atas yang tidak pernah memiliki kenderaan (Model Proton sahaja).
- Kadar faedah bank akan dikurangkan sebanyak 0.8% bagi kakitangan kerajaan dan 0.5% bagi kakitangan swasta swasta.
- PTPTN akan dilupuskan secara berperingkat bermula dengan peminjam yang tamat pengajian dengan pencapaian PNGK 3.0 dan ke atas.
- Graduan yang tamat pengajian dan telah menganggur melebihi 1 tahun akan diserap masuk ke sektor awam dibawah Skim Latihan Graduan 1 Malaysia (SLAG1M) dengan gaji permulaan sebanyak RM1,600
- Ibu tunggal dan warga emas akan mendapat diskaun sebanyak 50% untuk setiap pembelian di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
- Diskaun sebanyak 30% diberikan kepada remaja berumur 18-25 tahun untuk pembelian motosikal berjenama Malaysia
Berikut adalah antara intipati penting Belanjawan 2016 yang telah diberitahu oleh seorang pesakit mental Hospital Bahagia Tanjung Rambutan awal pagi tadi jika dia dipilih menjadi Perdana Menteri pada PRU akan datang.
Jangan marah naaaaaa...
Edisi Tips! Bagaimana Aku Menjana RM400.00 Melalui Blog? Ikuti Kupasannya!
Oleh Kaki Wayang on
Sudah agak lama Kaki Wayang tidak berkongsi tips-tips blog selepas pihak Nuffnang membuang status Glitterati blog ini ke Non-Glitterati sebelum ini. Keadaan sungguh mengecewakan, rasa nak nangis yang amat. Hahahahaha. Propa je lebih.
Sebelum ini status Kaki Wayang adalah Glitterati. Kemudian bertukar ke Non-Glitterati dan mengambil masa yang agak lama untuk kembali ke status Glitterati. Tapi sekarang, rezeki datang semula. Dah dapat status Glitterati dan earning pun dah meningkat berganda.
Alhamdulillah. Saya bukanlah macam abam HasrulHassan yang power dalam SEO dan pakar dalam ilmu blogging. Saya juga bukanlah Ben Ashaari yang sado tu. Adalah juga kesadoannya tapi 1pax je. Saya juga bukanlah macam Abam-abam dan kakak-kakak blogger yang lain. Diorang dah power dah. Tu yang diorang sanggup berhenti kerja sebab income diorang melalui blog mengalahkan gaji masa kerja dalam perkhidmatan awam mahupun swasta.
Tapi setakat ini, alhamdulillah rezeki dalam berblog ini nampaknya membuahkan hasil. Tak perlu keluar satu sen pun untuk berblog. Tapi boleh mendatangkan hasil kalau banyak usaha dan tawakal. Saya bukanlah blogger yang suka menampilkan cerita-cerita sensasi, cerita lucah, cerita rogol sana, rogol sini, atau menampilkan gambar-gambar tak senonoh ataupun cerita sensasi artis-artis dalam mahupun luar negara. Biarlah sumber pendapatan itu halal dan tak menimbulkan syak dan rasa ragu serta was-was dalam diri.
Pada saya, dalam berblog ini yang paling penting adalah isi, tajuk artikel, pembaca setia, pengunjung setia, promosi melalui FACEBOOK, promosi melalui BABAB.NET dan macam-macam lagi. Semua itu memungkinkan dan menyumbang kepada trafik yang tinggi kepada blog kita.
Selain itu teknik backlink juga perlu diamalkan selalu. Apa yang perlu adalah, meninggalkan link anda di blog-blog terkenal terutamanya pada ruangan komen juga memainkan peranan yang sangat besar. Selain itu, melalui blogwalking, bertukar-tukar feed blog, contest, mahupun segmen-segmen yang dianjurkan. Nampak je usaha kecil tapi cuba anda semua ikut segmen-segmen yang dianjurkan. Bukan 1 dan bukan juga 10 trafik yang anda akan dapat tapi beratus-ratus. Mungkin pada mulanya agak susah. Tapi itulah yang dinamakan USAHA.
Kadang-kadang kecewa juga bila trafik yang datang ke blog kita kemain lagi power. 100 kinis edang online! Tak pun 300 online users! Tapi Nuffnang tak bayar. Kenapa? Sila usha link di bawah.
Kalau tak puashati dengan bebelan aku kat atas tu. Anda boleh ke LINK-LINK di bawah.
Paling penting adalah, Kalau dapat RM0.10 atau RM1.00 pun dak kira bersyukur sebab siapa nak bagi RM0.10 sen? Sape nak bagi? Tu dikira rezeki dan pendapatan kita. Dah boleh beli gula-gula dapat dua biji dah tu. Hehehehe. InsyaAllah berkat. Lainlah kalau post benda lucah, caerita tak senonoh. Walaupun dapat banyak tapi berkat ke? InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan mendapat rezeki yang halal dan membawa berkat.
Selain itu teknik backlink juga perlu diamalkan selalu. Apa yang perlu adalah, meninggalkan link anda di blog-blog terkenal terutamanya pada ruangan komen juga memainkan peranan yang sangat besar. Selain itu, melalui blogwalking, bertukar-tukar feed blog, contest, mahupun segmen-segmen yang dianjurkan. Nampak je usaha kecil tapi cuba anda semua ikut segmen-segmen yang dianjurkan. Bukan 1 dan bukan juga 10 trafik yang anda akan dapat tapi beratus-ratus. Mungkin pada mulanya agak susah. Tapi itulah yang dinamakan USAHA.
Kadang-kadang kecewa juga bila trafik yang datang ke blog kita kemain lagi power. 100 kinis edang online! Tak pun 300 online users! Tapi Nuffnang tak bayar. Kenapa? Sila usha link di bawah.
Kalau tak puashati dengan bebelan aku kat atas tu. Anda boleh ke LINK-LINK di bawah.
- Edisi Tips Blog! Bagaimana Untuk Meningkatkan Alexa Ranking dan Pagerank Blog?
- Edisi Tips! 15 Cara Meningkatkan Trafik Blog Paling Berkesan Dari Denaihati!
- Edisi Tips Blog! Cara Letak Feed Blog Lain Di Blog Kita!
- Edisi Tips! Kaedah dan Cara Denaihati Mendapatkan TRAFIK Terbongkar Part 1!
- Edisi Tips! Kaedah dan Cara Denaihati Mendapatkan TRAFIK Terbongkar Part 2!
- Edisi Tips Blog! Nampaknya Bounce Rate Berjaya Diturunkan - Serius Hangat!!
- Edisi Tips Blog! Begaimana Menjana Pendapatan dari Blog - Tips dari HasrulHassan!
- Edisi Tips Blog! Kenapa Pengiklan Seperti Nuffnang Tak Bayar Blog Kita!
- Edisi Tips! Bagaimana Aku Menjana RM600.00 Tanpa Sedar Dalam Sebulan Melalui Blog, Selamat Tinggal Nuffnang - Ikuti Kupasannya!
Paling penting adalah, Kalau dapat RM0.10 atau RM1.00 pun dak kira bersyukur sebab siapa nak bagi RM0.10 sen? Sape nak bagi? Tu dikira rezeki dan pendapatan kita. Dah boleh beli gula-gula dapat dua biji dah tu. Hehehehe. InsyaAllah berkat. Lainlah kalau post benda lucah, caerita tak senonoh. Walaupun dapat banyak tapi berkat ke? InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan mendapat rezeki yang halal dan membawa berkat.
Edisi Informasi! Habislah Malaysia! Kesan dan Akibat Perjanjian TPPA Terhadap Malaysia!
Oleh Kaki Wayang on
Kesan dan Akibat Perjanjian TPPA Terhadap Malaysia. Pada ketika ini heboh satu Malaysia mengenai Perjanjian TPPA. Suatu ketika dahulu, perjanjian ini disebut-sebut ketika kejadian kehilangan misteri penerbangan Malaysia MH370. Kemudiannya khabar angin tersebut mulai pudar sebelum kembali menghantui Malaysia baru-baru ini. Namun kerajaan Malaysia bertindak untuk menangguhkan malah menidakkan hal berkenaan.
Sehingga malam tadi, hal berkaitan dengan Perjanjian TPPA ini kembali hangat diperkatakan. Sehangat blog ini. Apa itu Perjanjian TPPA? Dan apakah kesan dan impak jangka masa panjang perjanjian tersebut kepada Malaysia.
Hangat diperkatakan ketika ini iaitu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Malaysia adalah antara negara yang bersetuju dan telah menandatangani perjanjian TPPA ini. Pelbagai reaksi rakyat Malaysia mengenai perjanjian ini. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan perjanjian TPPA ini.
Malaysia termasuk 11 negara lain iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam mencapai persetujuan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan menghapuskan sekatan dan memudahcarakan prosedur perdagangan di semua negara anggota.
Apa itu TPPA dan kesan jangka panjang pada ekonomi negara - ikuti ulasan Prof Dr Agus Yusoff
SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.
TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.
Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.
Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?
Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:
- Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?
- Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.
- Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.
- Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.
- TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?
- TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:
- Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.
- Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.
- Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.
Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.
Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.
Oleh: Mohammad Agus Yusoff