Setelah beberapa kali membuat dan mengedit gambar-gambar dalam bentuk HDR..kini aku kembali dengan gambar-gambar edit yang baru..Untuk pengetahuan para pembaca gambar yang diambil merupakan gambar bilamana Politeknik Muadzam Shah menganjurkan pendakian Kuala Tahan yang dianggap lebih mencabar, memeritkan dan meletihkan berbanding dengan mendaki Gunung Kinabalu..
Ini berdasarkan kepada pengamatan, kajian serta kaji selidik yang telah dijalankan..rata-rata peserta yang telah mendaki Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu lebih gemar memilih Gunung Kinabalu sekiranya mereka diberi pilihan antara keduanya..penulis (aku) juga beranggapan bahawa mendaki Gunung Tahan lebih kepada suatu penyeksaan terhadap peserta..
Perjalanan ke kem yang pertama mengambil masa sehingga 6-8 jam..itupun kem pertama yang dimaksudkan merupakan kaki Gunung Tahan..nak menuju ke kem pertama pelbagai rintangan harus ditempuhi..pendek kata..mak aiihhh..kalau ada orang offer sejuta aku akan pertimbangkan..tapi kalau nak pegi saje-saje..mintak maaf..aku xkan pegi dah Gunung Tahan tu..taubat x pegi..sampai je ke kem yang pertama..aku dan beberapa krew serta peserta ekspedisi yang lain terus makan dan kemudiannya membuat khemah dan bermalam disitu..
Keesokkan paginya, kumpulan pendakian yang kedua mengambil tempat untuk memulakan perjalanan ke kem yang pertama..kumpulan dan krew kami (kumpulan pertama) sudah memulakan pendakian terus ke kem kedua dan kem ke 3..difahamkan mereka sampai ke kem ke 3 pada pukul 8 malam..dah lah hujan pula tu..memang salute kat dorg..orangnye rendah..tapi beg yang disandang melebihi ketinggian mereka..nilai angkatan pula, mmm tok sah tanya laa berapa kg…apapun tahniah kepada kumpulan yang pertama yang telah Berjaya sampai ke kem 3dan seterusnya ke puncak Gunung Tahan..
Untuk pengetahuan pembaca, Gunung tahan x lah tinggi mana pun kalau dibandingkan dengan Gunung Kinabalu yang lebih berprestij dang ah sebagai Gunung tertinggi di Asia Tengagra..namun perjalanannya begitu mencabar dan mebuatkan peserta tidak mampu untuk mendaki..berhenti rehat 30 minit tapi mendaki 10 minit kemudian berehat..
Satu lagi musuh pendaki adalah pacat..hahahaha..kesian pacat disalahkan..tapi itulah hakikatnya..merimaskan..nyamuk?mintak maaf nyamuk xde kat tempat2 sejuk yerr..1 lagi musuh pendaki adalah cuaca sejuk dan hujan..aku masa kat sana, aku ingatkan kem pertama tu x sejuk sekali sampai..malam nak tido tu..perghhhhh sejokkk siotttt..xleh nak tido..sejuk giler2..cuba anda bayangkan sejuk x kalau berada di kem 2 dan kem 3 dan seterusnya ke puncak?sejuk gilerrr woooo..masak air selama 5-10 minit..dah siap bancuh milo..xsampai 30 saat milo tu dah jadi milo ais..
Dipendekkan cerita..sume peserta sampai ke kem 3 termasuklah aku..kem yang terakhir sebelum meneruskan perjalanan ke puncak esoknnya..keesokan paginya, kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Tahan dan kami diminta untuk cepat turun kerana selepas itu kami akan meneruskan perjalanan kembali ke kem yang pertama..1 benda yang aku nak kongsikan kepada pembaca..jangan sekali-kali meninggalkan kumpulan anda..dan jangan bercakap benda tak baik di dalam hutan atau kat mane-mane pun..
Mungkin nasib aku baik..Allah s.w.t memanjangkan umur aku dan memberi petunjuk kepada aku untuk kembali bertemu dengan kumpulan aku setelah aku tertinggal jauh ke belakang..tinggallah aku sorang-sorang meredah belantara..dengan tenaga yang tinggal aku memanggil kawan-kawan yang lain..namun tidak ada jawapan..masa tu Allah je yang tahu perasaan aku..aku berusaha mencari petunjuk dan sungai supaya aku boleh mencari jalan keluar..dengan petunjuk yang Allah berikan..akhirnya aku bertemu dengan sungai..masa tu dah hampir maghrib..dan aku sampai ke kem yang pertama..yeahhhhhh!!!
Oklah cukup setakat ni jelaaaa…sebarang grammar BM yang salah harap dimaafkan yerrr..