Betol-betol Hangat! 252 Penerbangan dibatal akibat Gunung Berapi Iceland

Oleh Kaki Wayang on

Sebanyak 252 penerbangan dibatalkan hari ini selepas tiupan angin membawa kepulan debu yang dihamburkan dari gunung berapi di Iceland ke arah Britain. Tidak sampai setahun letusan gunung berapi di Iceland yang memaksa penutupan besar-besaran ruang udara Eropah, syarikat penerbangan Britain, British Airways merupakan pihak yang pertama menunda penerbangan dari London ke Scotland, hari ini.

Syarikat penerbangan Belanda, KLM; syarikat Ireland, Aer Lingus dan penerbangan tambang murah, Easyjet turut mengambil langkah sama, manakala beberapa penerbangan ke Newcastle turut dibatalkan. Jabatan Kaji Cuaca memberi amaran kepulan debu itu dijangka tiba di tanah besar Eropah lewat minggu ini, mengancam beberapa acara besar yang dirancangkan termasuk sidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) sehingga perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara antara Barcelona dan Manchester United.

Syarikat penerbangan bajet rendah, Ryanair bagaimanapun menyatakan akan terus beroperasi penerbangan ke Scotland sehingga tengah hari walaupun Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland (IAA) memberi nasihat agar ia tidak berbuat demikian.

British Airways dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil keputusan sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak meneruskan sebarang operasi penerbangan antara London dan Scotland hari ini ekoran ramalan debu gunung berapi di ruang angkasa Scotland.

''Ketika ini, penerbangan lain tidak terlibat dalam tindakan ini,'' kata kenyataan itu.

Antara mangsa berprofil tinggi kejadian itu adalah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang terpaksa meninggalkan Ireland semalam, sehari sebelum dijadualkan bagi mengelak terkandas di negara itu. Obama merupakan antara pemimpin dunia yang dijangka tiba di satu persidangan di Perancis Khamis ini yang dijangka berlakunya gangguan jika kepulan debu itu terus bergerak ke arah selatan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment