Betol-betol Hangat! Hari ni dapat BIL anggaran dari TNB

Oleh Kaki Wayang on

18hb Mei 2011 - Hari ni sekali lagi dapat bil anggaran dari TNB..selepas kali terakhirnya menerima 2 bulan lepas..hal ini bertujuan TNB nak kumpulkan kutipan bagi tempoh 2 bulan..sebagai contoh..bulan ini TNB hantar bil anggaran melaui pos..dan bulan hadapan TNB akan hantar bil yang sebenar..yang akan mengandungi butiran 2 bulan penggunaan api..dan ini akan menyebabkan pengguna akan membayar oustanding balance tu..macam tu la TNB cari duit sekarang..kalau dorg hantar hantar bil summary untuk sebulan dah tentu-tentu dorg tak kan dapat kutip atau kaut untung sebab dah memang sah-sah setiap pengguna kat Politeknik ni xperlu bayar bil api sbb penggunaan di bawah RM20.00..

Kenapa hantar bil anggaran?sebab pekerja TNB malas nak buat kerja ke?Sebab nak kaut untung untuk 2 bulan penggunaan api..sebab dah memang sah..kalau dua bulan baru nak hantar bil sebenar memang pengguna kene jugak bayar sebab penggunaan melebihi RM20.00..nape x hantar tiap bulan?bukannya jauh pun politeknik ni..kalau pegi kat poli ni gerenti pekerja tu tak perlu nak turun naik tangga sebab meter api semua dah ditempatkan dalam satu tempat yang sangat strategik untuk dicapai oleh pembaca meter TNB..

Tak adil kalau buat kerja macam tu..masa kat Sabah dulu setahun aku tak dapat bil air..sekali Jabatan Air hantar bil..ada yang sampai RM10,000.00 nak kene bayar..semuanya tertunggak..sedangkan pekerja tak penah datang amik bacaan meter.. Tolonglah jangan ulangi kesilapan Jabatan Air..nanti TNB pun sama kene tempiasnya..So TNB, tolong perkasakan pekerja anda..TNB ngan Politeknik tak sampai 5KM..aku g makan dari Politeknik ke bandar boleh je tiap2 hari..tak kan korang tak boleh buat..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment