Betol-betol Hangat! Jabatan Perkhidmatan Awam Beku Pengambilan Kerja Hingga Ogos

Oleh Kaki Wayang on

Dah ada kerja lum? Dah mohon kerja? Dah berkira-kira nak kerja ngan sektor kerajaan tak? zaman sekarang adalah zaman yang tak memerlukan anda untuk memilih jenis pekerjaan..kat tempat aku..ada yang dapat degree undang-undang pon keje sebagai PT (Pembantu Tadbir) jew..so dah xde masa dah nak pilih-pilih keje..kalau memilih tak kemana..malah akan menyusahan ibu bapa..asyik2 dorg je yang nak tanggung kita..so cari lah keje k..tak kiralah keje ape pon..aku ni penah menoreh getah, seorang petani dan penah wat 5 keje dalam satu2 masa..

Namun masalahnya, bagi yang dah berhajat nak mohon keje ngan sektor kerajaan..ini merupakan berita yang mungkin akan melemahkan semangat anda..tapi jangan risau..teruskan mencuba ok..gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya..keje dan rezeki tak kan datang dengan berdoa dan duduk sajoooo...korang kene usaha..usaha tu bermakna..keep on apply..jangan sekali gagal terus tak nak..untuk itu pengambilan akan dibekukan bermula dari 20 Mei sehingga 31 Ogos 2011

Korang baca lah sedikit petikan ni yer..

"Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu. Menurut beliau, pembekuan merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri. 

Bagaimanapun, kata beliau, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan. Keputusan (pemansuhan) ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat,katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua setiausaha, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, setiausaha suruhanjaya perkhidmatan, pihak berkuasa berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan. Pekeliling itu diperoleh menerusi laman web JPA. 

Abu Bakar menasihatkan semua agensi supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut. Katanya, jabatan itu juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi kerajaan semasa pelaksanaan keputusan ini. 

Sehubungan itu, semua pihak dipohon untuk memastikan pelaksanaan arahan ini dipatuhi dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan ini semasa pelaksanaan auditan perjawatan itu,jelasnya."



Sumber: Berita Semasa

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment