Betol-betol Hangat! Jangan salahguna kebebasan siber

Oleh Kaki Wayang on

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata semua pengguna Internet perlu patuh kepada undang-undang walaupun tiada sekatan terhadap penyaluran maklumat dalam ruang siber. Sempena sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia 2011 esok, Rais mengingatkan pengguna Internet supaya tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberi seperti menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan jenayah. 
"Saya ingin menegaskan apabila disebut internet tidak disekat, tidak bermaksud seseorang itu bebas daripada undang-undang. Jika beliau melakukan jenayah melalui internet, beliau tidak akan terlepas daripada  undang-undang. Jangan masyarakat ada berfikir oh sekarang bebas, apa pun boleh buat. Tidak. Undang-undang negara harus dihormati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. 
Katanya, kerajaan melalui Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meletakkan kawalan terhadap internet termasuk jenayah siber dan yang berkaitan dengan hasutan serta pornografi. 
Sehubungan itu, katanya, sebagai permulaan tiga pegawai SKMM dijangka akan dihantar menjalani kursus forensik multimedia sebagai satu kepakaran dalam menangani jenayah siber. 
Katanya, kementerian sedang meneliti kursus-kursus sedemikian di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, manakala seorang pegawai kanan SKMM juga sedang berada di Geneva, Switzerland untuk membuat interaksi awalan bagaimana kepakaran tersebut boleh didalami pegawainya. 
Dalam hal lain, Rais berkata SKMM sedang menjalankan siasatan ke atas dua penulis blog yang dilaporkan memaparkan artikel yang mendakwa ada ura-ura ingin menjadikan Kristian agama rasmi negara. 
Katanya, SKMM dijangka akan menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut selepas siasatan selesai.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment