Betol-betol Hangat! Proton Saga FL 1.6 Eksekutif berharga RM46,549

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2m36tf6ttSNyAsWe_mcffMz_507aTWXPRUnt1JNrYkuDLY9FrRSYuYm-Si6iLl1sK7ETVUnZoy7eumvuaQXkn41iYJ__kaeHHOME4R0I6l-6ARN1xwG9_7L_GFm6L-hVpYY45kU0CC6Y/s400/proton-saga-1600cc-3-500x465.jpg 

Baru-baru ini Proton telah melancarkan kereta baru mereka dalam usaha untuk mewujudkan suasana persaingan sihat dalam kalangan pengeluar kereta di Malaysia. Dengan pelancaran berkenaan, Harga Proton Saga FL 1.6 Executive 2011 pada ketika ini berharga RM46,549. Perbezaan tak lah begitu ketara berbanding Saga FL 1.6L Executive dengan Saga FL 1.3L Executive iaitu cuma sekitar RM3,250.00

Model Proton Saga 1.6 Executive ini didatangkan dalam warna putih 'solid' dan hanya dikeluarkan bagi pasaran B-Line dengan transmission automatik 4 kelajuan dan meter kelajuan boleh mencecah 240km/j.

Perkara baru lain yang boleh dilihat pada model ini adalah rim aloi yang baru dan pelekat baru yang terdapat pada bahagian bahu kereta tersebut. Selain itu, Proton telah menambah kemasan krom pada tempat penghawa dingin, penel tengah, panel pintu dari dalam dan bahagian stereng.

Dari segi keselamatan pula, Saga FL 1.6 Eksekutif dilengkapkan dengan dua beg-udara bagi pemandu dan tempat duduk hadapan. So kepada para peminat Proton Saga FL, anda kini sudah boleh memiliki kereta ini yang mempunyai varian enjin yang lebih besar.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

eMMe said...

FL cantik, suke design dia...

Kaki Wayang said...

eMMe..belila FL..hehe..tp ko bukan dah ada kete ke..bape byk nak beli kete..hevatttt

Post a Comment