Betol-Betol Hangat! Soal Jawab Agama: Nikah tak hapus dosa berzina

Oleh Kaki Wayang on

SAHKAH wanita yang me­ngandung anak luar nikah berkahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab atas kehamilan itu? Adakah anak itu tidak sah taraf dan perlukah mereka dinikahkan semula?

Jawapan:

HUKUM pernikahan ketika mengandung tetap sah sekiranya cukup rukun dan syaratnya. Paling utama adalah perempuan itu masih bujang iaitu belum pernah bersuami dan tidak dalam idah.

Perkahwinan yang sah tidak perlu diakad semula. Bagaimanapun, kesalahan zina tidak terhapus dengan pernikahan terbabit. Ada sesetengah pendapat ulama mengharamkan pernikahan perempuan yang mengandung anak zina dan menganggapnya tidak sah. Ia bertujuan bagi menjaga keturunan anak supaya tidak bercampur-baur. Dengan kata lain, wanita itu perlu terlebih dulu melahirkan anak sebelum berkahwin.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment