Betol-Betol Hangat! Trend baru pecah rumah

Oleh Kaki Wayang on

Kawasan perumahan bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri antara ‘hot spot’ terbaru penjenayah melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kegiatan pecah rumah seakan menjadi trend apabila pihaknya sering menerima laporan daripada penduduk berkenaan.

“Jika dulu kegiatan ini sering dilakukan di kawasan rumah teres, kini ia tidak mengira lokasi kerana sesiapa saja berisiko menjadi mangsa,” katanya selepas merasmikan Penubuhan Komuniti Polis atau Community Policing di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima Kepong, di sini, semalam. Katanya, pecah rumah juga antara kegiatan jenayah tertinggi dicatatkan di kawasan perumahan bertingkat.

Beliau turut menggalakkan suri rumah menyertai KP dan bekerjasama dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

“Biasanya kegiatan pecah rumah dilakukan waktu siang selepas penghuni keluar bekerja. Sebab itu kita perlukan kerjasama penduduk kerana polis tidak mampu bertindak tanpa maklumat orang awam,” katanya. Penubuhan Komuniti Polis dianggap sebagai pendekatan praktikal polis bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), penduduk setempat dan Rela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan masing-masing.

Sebagai peringatan, anda diminta untuk berhati-hati setiap masa. Jangan lupa amalkan doa keluar dan masuk rumah. InsyaAllah dirahmati olehNya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment