Betol-betol Hangat! AirAsia buka ‘universiti penerbangan’

Oleh Kaki Wayang on

http://www.traveldealsfinder.com/wp-content/uploads/2010/11/Air-Asia.jpg

AIRASIA Bhd, menerusi usaha sama barunya dengan CAE, menyasarkan untuk menambah enam simulator baru menjadikan 12 simulator kesemuanya menjelang 2015 membabitkan kos kira-kira RM30 juta (AS$10 juta) sebuah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, simulator itu akan digunakan di pusat latihan penerbangan baru syarikat berkenaan yang akan dibuka menerusi usaha sama terbabit.

“Pusat ini akan menawarkan latihan bertaraf dunia, menggunakan modul moden dan kemudahan latihan terkini yang setanding serta kos efektif berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat. “Matlamat kami untuk menjadikan pusat itu sebagai ‘universiti penerbangan’ terunggul di Asia,” katanya selepas memeterai perjanjian usaha sama itu di Akademi AirAsia di Sepang, semalam.

http://absoluteresorts.files.wordpress.com/2011/04/airasia.jpg

Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata, penubuhan pusat latihan itu akan menyumbang secara positif terhadap pelan perluasan AirAsia dengan menyediakan kakitangan berkemahiran tinggi. Katanya, kemudahan itu menyediakan perkhidmatan latihan juruterbang, atendan penerbangan, jurutera, petugas perkhidmatan dan pengurusan penerbangan AirAsia serta syarikat penerbangan lain.

Latihan juruterbang akan bermula pada 1 Julai depan manakala program lain mulai 1 Oktober.
P/s: Wah bestnya kan ada universiti penerbangan..mesti ramai yang nak masuk jadi pelajar..kalau Betol-betol Hangat! diberi peluang dah tentu BBH nak jadi salah seorang pelajarnya..dulu masa kecik-kecik penah terfikir nak jadi pilot..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment