Entri pilihan malam ni..Hutang, suka bertangguh..pandai pinjam tapi tak pandai bayar..pinjam sedap, dah pinjam 80 juta alasan diberi..aku ada sorang kawan kalau bab bagi pinjam duit memang sangat baik hati..bukan setakat ratus-ratus tau..ribu riban jugalah..
Masalahnya bila dah bagi pinjam tu tak nak bayar balik..pelbagai alasan yang dia bagi semuanya sebab nak elak dari bayar hutang..bulan ni tak dapat nak bayar hutang lah..bulan ni claim tak masuk..ni jelaa alasannya setiap bulan..ntah la claim tu bila agaknya masuk..kalau dah masuk sekarang tak payah lah bayar dulu tapi kalau dah masuk bayarlah..bukan nak tunggu gaji bulan depan lepas tu alasan yang sama diulang lagi..
Kalau macam tu laa sampai bila-bila pun hutang tak kan habis nak bayar..tak kisahlah nak bayar RM100.00 je dulu ke..dia tak tahu orang bagai nak mati siap ikat perut sebab tak de duit nak makan..aku kalau bab berhutang ni memang sangat takut..takut mati tak dapat bayar hutang..
BBH rasa kengkawan yang lain pown kalau tak semua tapi segelintir daripada kita pasti akan alami benda yang sama..aku yang tak berapa nak ada duit pown masih mampu nak bayar hutang (hutang kad kredit)..aku tak lah kaya sangat pown..masih lagi terkejar-kejar, terikat nak berjimat..tapi orang tu..dah tau gaji tak besar mana..claim tak dapat..merokok bukan main..boleh pula beli sampai berkotak-kotak sehari..sampai hujung bulan..1 sen pun tak bayar..Hangin betol malam ni..
P/s: harap-harap orang yang terlibat dan berkenaan itew baca dan sedar akan kesalahannya