Betol-betol Hangat! Serius Kreatif: Seni gubah sayur

Oleh Kaki Wayang on

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Senigubahsayur/pix_gal1
Foto

Foto

Foto

Pameran hasil ukiran itu berdasarkan ikon, termasuk Marilyn Monroe dan Lady Gaga. serta wanita pelbagai gaya yang biasanya boleh dilihat di majalah fesyen. Semua ukiran berkenaan dibuat daripada kubis, termasuk topi, beg dan barang kemas. Ju yang berasal dari China, menggunakan pisau untuk mengukir kubis pelbagai jenis dan warna dan mencantumnya dengan pencungkil gigi.

Apabila sudah dibentuk, ia akan dibiarkan untuk satu tempoh lama dan kemudian dimasak dengan pelbagai cara bagi menerbitkan pelbagai warna dan tekstur. Ju sebelum ini menggunakan pelbagai jenis sayur lain untuk menghasilkan semula lukisan beberapa pelukis terkenal seperti Leonardo Da Vinci, Vincent Van Gogh dan Andy Warhol.

“Pelbagai jenis, bentuk dan warna sayur, dengan sedikit usaha untuk menyusunnya semula, boleh menjadi sumber pelbagai imej. “Tidak kira sama ada ia segar, sudah layu, kering, diawet, direbus atau dikeringkan, ia boleh digunakan untuk menghasilkan ukiran menarik,” katanya.

Dilahirkan di Chongqing pada 1973, Ju menamatkan pengajian di Institut Seni Halus Sichuan pada 1996. Selepas menjadi artis bebas pada 2005, dia menyertai beberapa pameran secara berkumpulan. Dia juga pernah mengadakan pameran solo, khususnya ‘Muzium Sayur’ dan ‘Hi! JuDuoqi,’ kedua-duanya di Beijing.

Selain sayur, Ju juga menggunakan halia, kentang, akar teratai, ketumbar dan tauhu untuk menghasilkan karyanya yang lain.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment