Betol-betol Hangat! Serius LOL! Cara luar biasa bawa kereta baru!

Oleh Kaki Wayang on

VAN yang digunakan untuk membawa kereta Mazda 626 milik dua lelaki Kazakhstan. 

Pernah tak anda melihat benda-benda pelik tapi benar? mesti pernah kan..meh kita tengok gambar ni dan baca sedikit kisah berkenaan dengan cerita kedua orang insan yang serius LOL dan COOL (pinjam jap tagline Blog Serius.

Dua pemilik kenderaan dari Kazakhstan memiliki cara luar biasa untuk mengangkut kenderaan baru mereka dari Jerman - dengan menyumbatnya ke dalam van bagi menjimatkan kos berbanding mereka menggunakan treler. 

KERETA Mazda 626 yang dibaringkan pada bahagian sisinya dalam van.

Apabila mereka tidak dapat memasukkan kereta Mazda 626 itu ke dalam van dengan cara biasa, mereka membaringkan kereta itu di bahagian sisinya bagi dimuatkan ke dalam van berkenaan. Dua lelaki yang berasal dari negara yang sama dengan penulis karakter komik Borat, Sacha Baron Cohen meletakkan tilam di bawah kereta itu dan diimbangkan dengan kusyen.

Mereka bercadang membawanya pulang kira-kira 3,540 kilometer dari Bargteheide, dekat Hamburg. Namun, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chmielewski, 28, ditahan polis dalam perjalanan ke Kazakhstan selepas mereka melihat van itu melilau dari kiri ke kanan.

Dua lelaki berkenaan - yang berjaya memasukkan kereta berkenaan dengan bantuan beberapa rakan - turut melindungi muatan dibawa apabila mereka menutup cermin tingkap van terbabit dengan surat khabar. Jurucakap polis berkata, van dan kereta itu disita dan dua lelaki berkenaan diarahkan supaya mendapatkan pengangkutan yang bersesuaian untuk membawa kereta itu sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment