Betol-betol Pelik! Ambil rahim Ibu untuk hamil

Oleh Kaki Wayang on

Bila terbaca Harian Metro pagi ni..aku terbaca satu artikel pasal seorang guru biologi nak ambil rahim ibu untuk mendapatkan zuriatnya sendiri..ape perasaan korang? pelik tak? kita ikuti kisahnya yer:

http://www.yogipoof.com/wp-content/uploads/2011/01/hamil-muda1.jpg
Sekadar gambar hiasan
Seorang guru muda biologi bakal menggunakan rahim ibu sendiri dalam usahanya mendapat zuriat, lapor media semalam. 

Dilahirkan tanpa rahim secara semula jadi, jika pembedahan itu berjaya, bermakna Sara Ottosson, 25, akan hamil menggunakan rahim yang pernah mengandungkannya selama sembilan bulan satu ketika dulu.

Ibu Sara, Eva Ottosson, 56, bersetuju menjalani prosedur yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Eva  seorang ahli perniagaan berpangkalan di dari Nottingham bakal mencatat nama sebagai wanita pertama memindahkan rahim kepada anak perempuan sendiri.

Kata Sara, dia tidak memikirkan implikasi daripada keputusan mengambil rahim yang pernah menempatkannya ketika janin dulu.

“Saya seorang guru biologi dan rahim itu sama seperti rahim lain. “Ibu saya pernah bertanya: Tidakkah prosedur ini aneh? “Saya tidak menganggapnya aneh,” katanya.

Menurut Sara, dia lebih bimbangkan Eva kerana perlu menjalani pembedahan besar

P/s: Macam-macam lah dunia sekarang ni..dunia tanpa sempadanlah katakan..bila manusia hidup dalam kehidupan yang sangat moden dan hidup dikelilingi dengan arus permodenan yang canggih-manggih..macam ni lah yang akan berlaku..tapi perlu ke buat macam ni?aiyoooooo..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment