Betol-betol Sengal! Parkir asmara ‘berdarah’

Oleh Kaki Wayang on

PARAH...Hazita dirawat di HRPZ II, semalam. 

‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

P/s: Macam inilah jadinya bila manusia meletakkan dan mencipta undang-undang sendiri..sebelum bercerai tak nak pula berfikir..dah cerai nak rujuk pula..bila bekas isteri tak nak rujuk macam inilah jadinya..dunia-dunia..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment