Betol-betol Hangat! Bir halal disah halal

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9Pjji19sdzqDCF3FXgiOfMcGAFoc6NoVlCClT-voGO2wZO2liFBrNoprZhKeobZ43SU90BSDdLEamFiL2WEWcdeMzpmyMyoNPU4eZPoRMckqCucFHuGFKptZE3GO8QWUTO7FYLcpuEGM/s320/istak2.jpg

Dah sah dah yang BIR HALAL adalah sah halal..

Boleh diminum. Itulah rumusan dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun lalu berhubung isu minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfUbXhqUZ-Dqssv-EQRLJ2hVZ927Pw8rSih_EtBMfvkKO7D35UnTrKl7N2fKoevtPaQbV996zxj6BpBqng349AhHUegDmZbEBX8nfB3r-HW2Ah9d6EknKZ3t01rQnNqfhZ_NI-MacDXeo/s1600/barbican2.jpg

Alkohol terkandung dalam minuman terbabit juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan bersesuaian dengan keputusan muzakarah pada kali ketujuh pada 1984, ke 19 pada 1987 dan ke 91 pada tahun lalu.

“Muzakarah juga menasihatkan supaya pengeluar minuman berkenaan tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada umat Islam. Justeru, orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan status minuman ini kerana ia sudah diputuskan halal,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

So, pasni tak yah dah buat fitnah lagi sal Bir Halal ni yer..tak yah dah buat cerita-cerita yang bukan-bukan..kang dapat dosa free je..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment