Betol-betol Hangat! Susulan Pejabat PM Norway kena bom

Oleh Kaki Wayang on

MANGSA menerima rawatan di luar bangunan kerajaan di pusat bandar Oslo, semalam  berikutan letupan   yang turut merosakkan  bangunan  pejabat Perdana Menteri.

Letupan bom yang kuat menggegarkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri di bahagian tengah ibu kota Norway semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 15 lagi cedera.

Serangan itu disifatkan sebagai yang terburuk melanda Oslo yang lebih biasa disebut sebagai tempat anugerah Nobel Keamanan.  Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg terselamat kerana bertugas dari rumah, kata penasihat kanan kerajaan, Oivind Ostang.

Lokasi tempat bom meletup penuh dengan besi bengkok dan serpihan kaca selain kertas dokumen dari pejabat beberapa bangunan sekitarnya menempatkan pejabat kerajaan dan ibu pejabat beberapa akhbar utama negara itu termasuk tabloid terbesar, Verdens Gang (VG).

Banyak tingkap pecah di bangunan setinggi 20 tingkat yang menjadi pejabat Perdana Menteri dan menteri lain.

Polis berkata, kejadian disebabkan satu atau beberapa butir bom tetapi enggan membuat spekulasi dalang serangan. Anggota keselamatan kemudian menutup laluan ke kawasan masuk pejabat berdekatan termasuk stesen televisyen TV 2 selepas menemui satu bungkusan mencurigakan.

“Sehingga ini, pihak polis tidak boleh memberi apa-apa ulasan mengenai sejauh mana kerosakan berlaku kecuali ia disebabkan satu atau beberapa letupan,” menurut kenyataan polis.

Seorang wartawan yang kebetulan berada di pejabat agensi berita NTB Norway memberitahu, bangunan itu bergegar selepas letupan kuat berlaku dan pekerjanya dipindahkan selepas loceng kecemasan berbunyi.

Di tengah jalan, dia nampak seorang mangsa berlumuran darah di kaki dibawa keluar dari situ. Stesen televisyen kerajaan NRK menyiarkan gambar sebuah kereta rentung.


2 maut, 15 cedera dalam serangan terburuk terhadap bangunan kerajaan 


SUMBER: Pejabat PM Norway dibom




Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment