Betol-betol Hangit! Bauan yang mengghairahkan!

Oleh Kaki Wayang on

http://images01.olx.com.my/ui/9/48/51/1288347713_132974751_3-Phero-x-Wangian-Pemikat-Aroma-Menggoda-Setiap-Wanita-Paling-Murah--Seremban-1288347713.png

Ok..selamat datang..bilik 9 di atas yer..dengan penuh semangat kami bergegas ke atas dengan menggunakan escalator..tak sabra rasanya nak berada di dalam bilik yang penuh dengan kesan-kesan effect khas..kat itulah pelbagai reaksi, wangian, gelagat dan aksi akan dapat dilihat..gelak tawa, kegembiraan dan kebahagiaan juga akan dipaparkan..kat situ..ada beberapa buah bilik..perkhidmatan yang disediakan termasuklah aircond yang sangat lah sejuknya..ruangan untuk memadu asmara (bagi yang datang untuk tujuan itu)..ada yang datang berpasangan..ada yang datang juga berpasangan..tetapi lelaki dengan lelaki..

Dipendekkan cerita, kami dah sampai ke dalam bilik 9..wah biliknya besar, ada aircond (sejuk sangat)..di suatu sudut ada pasangan kekasih..di suatu sudut yang lain juga ada pasangan kekasih..berpegangan tangan..ok tak pe..kejap lagi giliran kitorang pula amik tempat..tak sabar rasanya..setelah duduk..aku mengambil tempat kiri dan kawanku mengambil tempat disebelah kanan..dia yang memilih tempat duduk ini..sesuai sangat..

Sebelum saat yang dinanti-nantikan tiba..datang dua lembaga manusia juga berpasangan..seorang memakai cermin mata dan pasangannya..yang memakai cermin mata itu agak berisi dan gemuk berbanding pasangannya..akhirnya, saat yang dinantikan tiba juga..tetiba..terbau satu wangian aka bauan yang sangat-sangat TAK mengghairahkan langsung..malah boleh buat orang nak pengsan nak mampos..rupa-rupanya bau-bauan itu datangnya dari barisan belakang..chait!!!dahlah duk dalam wayang..ada aircond..bau ketiak masam..perghhhhh! aku tengok orang sebelah dia tu dah ketepi dah bila terbau “perfume” yang sangat memualkan itew..dan aku telah spoilkan pembacaan korang!hahahahaha..

Ni kat pawagam laaaa..korang mesti masa mula-mula tengok gambar kat atas tu mesti dah piker yang bukan-bukan kan..hahahaha..blog ini masi suci lagilah…gitewww..moralnya..tolonglah pakai deodorant atau sebarang bentuk wangian..sebab bauan dari ketiak ‘anda’ sangat spoilkan keadaan..

P/s: Mode: tengok wayang dengan Yazidy owner ThePlainYard..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment