Betol-betol Nostalgia! BEN ASHAARI dan SEKOLAH!

Oleh Kaki Wayang on

  1. Buat satu entri , letak header BEN ASHAARI blog dan tajuknya BEN ASHAARI dan SEKOLAH , kemudian linkkan ke entri ni .. hehehe..
  2. Tu je.. tak susah kan ? Ok.. Cara permainan ni mudah jer..  APAKAH YANG TERGAMBAR DALAM KEPALA KORANG BILA AKU SEBUT 'SEKOLAH' .. Korang bagi jawapan dan jawapan TIDAK BOLEH SAMA dengan rakan rakan lain !! Korang kena check di ruangan komen ...kalau takde , baru bagi jawapan .. hehehe.. Jawapan beserta url ..bagi di ruangan komen ..
  3. Pemenang akan ditentukan melalui komen terakhir yang mana jawapannya tidak sama dengan jawapan peserta yang lain DAN perbezaan masa komen dengan sebelum itu adalah sejam ..
  4. Hadiah ? Promosi blog dia selama dua jam di entri utama blog BEN ASHAARI.COM .. ok ?
Faham tak ni ? Senang jer kan ? hehehehhe .. Tutup ?? bila dah ada pemenang ... lalalallala..

Apa yang tergambar dalam kepala otak aku setelah BEN sebut "SEKOLAH"

Sekolah Rendah
  1. Masih jelas tergambar aku dilantik menjadi KETUA KELAS SELAMA 6 tahun berturut-turut dari darjah 1 sampai darjah 6..korang tengok muka aku kat header tu..ada muka macam Ketua Kelas tak?sesuai tak?
  2. Masih jelas tergambar aku merupakan satu-satunya pelajar Pengakap yang beragama Islam join group pengakap sekolah.
  3. Masih jelas tergambar yang pertama kali keputusan terburuk aku dalam pembelajaran adalah menduduki tempat ke-5 dalam kelas iaitu ketika darjah 3..
  4. Masih jelas tergambar yang aku ni tak pernah dapat No. 1 dalam kelas dan aku hanya berada di tempat ke-2 dan ke-3 sepanjang 6 tahun di sekolah rendah selain keputusan terburuk adalah no. 5 ketika darjah 3.
  5. Masih jelas tergambar aku merupakan perintis murid-murid sekolah dengan memakai seluar panjang sebagai uniform sekolah pada zaman kecik-kecik dulu.
  6. Masih jelas tergambar aku merupakan pelajar terbaik Matematik dan Bahasa Inggeris suatu ketika dahulu..kedua-dua subjek merupakan 'fevret' aku sampai sekarang..

Sekolah Menengah

  1. Masih jelas tergambar aku sekali lagi dilantik menjadi Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas zaman Sekolah Menengahku.
  2. Masih jelas tergambar pertama kali aku dipilih sebagai pemain bolasepak sekolah..dan menjadi siulan awek-awek pada masa itu (perasan)..dan suatu ketika ada seorang awek sanggup menjahit baju (jersi) aku yang terkoyak..perghhhhh!!!
  3. Masih jelas tergambar aku merupakan pelajar lelaki yang paling kurus dan ringan di zaman sekolahku..41kg sajorkhhhh..ringan tak? Dan kini di alam pekerjaan beratku kini mencecah 68kg..
  4. Masih jelas tergambar aku dikenali sebagai Tauke Lagu di zaman sekolahku..asyik-asyik nyanyi jew..pernah sampai kebangsaan tau menyanyi ni..peringkat negeri Lagu-lagu Asli dan pernah merakamkan Album yang berjudul Senandung Sufi..dan pertama kali keluar dalam Radio RTM pada tahun 2004..pernah mengikuti Bintang RTM dan macam-macam lagi..pendek kata aku memang suka nyanyi..
  5. Masih jelas tergambar aku pernah berduet dengan sebuah kumpulan nasyid terkenal Malaysia dengan tajuk lagu Kalamullah..tak ingat nama kumpulan itu sebab dah lama..
  6. Masih jelas tergambar aku dipilih sebagai pelajar harapan sekolah untuk PMR dan SPM..
  7. Masih jelas tergambar aku merupakan satu-satunya pelajar dalam kampong aku yang berjaya melanjutkan pelajaran..kengkawan lain sume kantoi dan sangkut..gembira dan sedih sebab sorang-sorang sambung belajar..
  8. Masih jelas tergambar aku dilantik menjadi Pengawas bagi 3 tahun berturut-turut..sangat tak tegas gitewww..
  9. Masih jelas tergambar apabila mak memuji aku merupakan anak dia yang tak pernah keluar waktu malam untuk berfoya-foya dikala kengkawan lain sibuk ke pesta-pesta kerana aku sibuk mentelaah pelajaran..sebab cikgu pelik kenapa aku boleh lulus dengan cemerlang berbanding dengan lelaki2 lain..dan ketika itulah aku menangis dengan pujian seikhlas dari dia..itu semua sebab..aku merupakan pelajar terbaik masa tu..dalam buku rekod tak de gagal..dan sume A jew..gitewww..

Nampaknya itu jela yang dapat aku coretkan bila Abg Ben menyebut SEKOLAH..sebenarnya banyak lagi..tapi itulah yang masih jelas tergambar. Apa yang aku coretkan bukan tujuan untuk tunjuk menunjuk yang aku ni 'femes' masa sekolah yer..sangat tak terfikir dek akal..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment