Betol-betol Sengal! Tiada Kesedaran Sivik!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.quietzonesd.info/images/quietzone.jpg 
 
Manusia tidak pernah lari dari sebarang kesilapan mahupun kesalahan..ungkapan yang seringkali kita ucapkan bilamana kita melakukan kesilapan..apabila ditegur inilah jawapan yang seringkali dipilih sebagai jalan mudah untuk melepaskan diri dari kesalahan..”sedangkan Nabi SAW ampunkan umat, apatah lagi manusia”..perghhh masa ni ingatlah Nabi SAW ye dok..masa buat salah silap tak fikir dulu sebelum buat..namun sejauhmana ianya berkesan kita tak tahu..

http://www.haconnect.ie/images/uploads/keep_quiet_image.jpg

Ok, entri kali ini memperihalkan tentang sikap manusia yang tidak mempunyai kesedaran sivik..mmm..macam mana yer aku nak kaitkan dengan isu semasa..okeh dah dapat..satu tempat yang mudah nak tengok orang lakukan kesilapan mudah tanpa berfikir dan tak sedar dirinya berada dimana..jom kita lihat kat kawasan Perpustakaan..

http://liberalartsduq.files.wordpress.com/2010/04/quiet-sign.jpg 

Sape yang tak tahu peraturan perpustakaan?peraturan paling basic apa yer? Perkara pertama kita akan Nampak sebelum dan ketika berada didalam perpustakaan adalah tanda-tanda seperti berikut..Keep Quiet!, Tolong Senyap!, Quiet Zone, Don’t Make Noise!..dan banyak lagi..itu merupakan peraturan paling basic untuk kita patuhi apabila berada di perpustakaan..

Tapi kan kenapa?mengapa dan bagaimana untuk semua pengguna tidak dapat dan tak mampu untuk patuhi peraturan se’basic’ itu?payah sangat ke?baru je tadi aku dapat lihat bagaimana orang yang ku anggap Pegawai..orang yang boleh dijadikan contoh oleh para pelajar juga tak mampu untuk patuhi peraturan basic itu..duduk dalam perpustakaan tapi bercakap macam kawan duduk 6 KM ke depan..perkara macam tu tak sepatutnya berlaku..dah staff library letak macam-macam tanda..kenalah patuhi..bukan suka-suka buat tanda..semuanya demi kepentingan bersama..

P/s: Dengan ini aku mengisytiharkan aku anti orang yang tiada kesedaran sivik di Perpustakaan..kang bila ditegur marah pula..kao sape nak tegur aku..aku pegawai..ko staff biasa je..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment