Edisi Khas Soal Jawab Agama! Bersanding dan Menabur Beras Kunyit!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.sabah.gov.my/madfi/press/9-okt-2009/Tawau%204.jpg

Soalan:
Ada sedikit kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan kenduri perkahwinan yang biasa dijalankan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini. Saya ada membaca tentang kaedah yang dianjurkan oleh Islam. Namun yang menjadi kemusykilan adalah adakah perarakan pengantin, mengadakan pelamin, persandingan tanpa tepung tawar dan menjaga aurat yg sebenar juga tidak dibenarkan dalam Islam? Harap ada di kalangan netters yang boleh memberi bantuan berhubung perkara ini.

Jawapan:
Perarakan, pelamin dan persanding yang dilarang ialah apabila pasangan pengantin melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh Islam seperti membuka aurat, bersolek, menunjuk-nunjuk kemewahan pakaian, barang kemas dsbgnya. Ia juga termasuk dalam kategori membazir.
 
Jika pasangan pengantin berpakaian seperti kebiasaan asalkan kemas dan menutup aurat dan maka tidak ada salahnya untuk bersanding. Ianya adalah sepertimana orang biasa berpakaian kemas dalam kehidupan harian mereka ke pejabat, majlis dsbgnya.
 
Tepung tawar dan tabur beras kunyit adalah dari budaya hindu dengan kepercayaan ianya dapat menyelamatkan pasangan drpd sebarang nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia sekarang ini menjadi adat kebiasaan masyarakat melayu tanpa mengetahui sebab-sebab di belakangnya. Mereka melakukannya bukan kerana memohon perlindungan tetapi sebagai menyerikan majlis.
 
Justeru hukumnya adalah haram jika dilakukan sebagai satu cara memohon perlindungan, harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya.
 
Diketahui bahawa sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya.
 
P/s: Terima Kasih kepada saudara Kapten Hafiz Firdaus Abdullah atas artikel yang ditulis dan sudi kongsikan dalam blog ini. 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment