Edisi Khas Soal Jawab Agama! Hukum Rebonding Rambut!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHfdBwqMA_VMPha1mfZA8mw4WlYIxmJRP_G5078hU2mHiL4hC84BGDqmNh46VRX5SCQH77EhqF9XvL2eOXDt0u6uE_PU8Mkx5cQYSLiZ26DEaqKEDk47Va11BP09edqRbhepoVXOqMrEn6/s320/Why_Re-bonding.jpg

Soalan:
Apakah hukum rebonding rambut dan bagaimana jika ia bukan bertujuan berhias kepada bukan mahram?

Jawapan:
Para ilmuan masa kini berbeza pendapat tentang hukum rebonding rambut. Ia adalah isu masa kini yang tidak dibicarakan oleh para ilmuan masa lalu. Pendapat yang lebih kuat ialah rebonding hukumnya haram kerana ia melibatkan usaha mengubah struktur protein rambut (keratin) agar ia dapat diluruskan, dibengkokkan dan sebagainya. 

Perubahan seperti ini termasuk dalam hukum mengubah ciptaan Allah yang dilarang. Syaitan pernah berjanji: “Dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah” [al-Nisa’ 4:119] sementara tidaklah syaitan menghasut manusia melakukan sesuatu melainkan apa yang dilarang oleh Allah. Oleh itu jauhilah rebonding rambut sekalipun atas niat yang baik. Meski pun ada ilmuan yang berpendapat ia tidak haram, isu ini masuk dalam perkara samar-samar yang lebih baik dijauhkan demi menjaga keselamatan agama seseorang [Hadis 40 Imam al-Nawawi, hadis no: 6]

Adapun menyikat rambut serta menggunakan krim rambut, penggulung rambut dan sebagainya, hukumnya boleh kerana ia tidak mengubah sel-sel rambut itu sendiri. Ia bersifat sementara, tidak kekal. 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment