Betol-betol Sengal! Kebaikan memandu laju!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVmaR1MpMwnZvhssbrydAirW2HRJDTQDsygsh8zypz8mdgg6rvqLUmf_BngXz8Rw655cXsNXg54ZMLOzbml5zI2nQyqv8cEN6_Y19iAuA__t3kk_doV_0Y6tM15lDjYf9_C-8hnOYW3nNp/s1600/kereta+laju.jpg 

Sebagai mukadimahnya..Dewasa ini pelbagai jenis kenderaan dicipta..semakin lama syarikat-syarikat pengeluar kereta terkenal semakin berlumba-lumba untuk mencipta kereta paling laju di dunia walhal..rakyat kita tak mampu nak beli pown..lainlah raja gula Malaysia..mungkin mampu kot bele kerata terlaju dan termahal di dunia..tapi aku rasa dia tak nak pown nak beli beli kereta laju-laju ni..bahaya katenyer..

Lain pula jadinya apabila manusia yang bersifat ketimuran ini, terkenal dengan sikap dan sifat lemah lembut, sopan budi pekertinya..apatah lagi kalau awek cantik lalu depan kita..mau terlentok kita dibuatnya..betapa lemah lembut dan sopannya kita..tapi masalahnya sekarang ramai diantara kita yang hidup dikawasan kejiranan..rumah dekat-dekat, rapat, rapat, bertingkat-tingkat..tetapi ramai yang suka memandu laju di kawasan kejiranan ini..tak tahu laha diorang ni nak kemana..asyik nak laju je…

Meh kit abaca sedikit “KEBAIKAN” pada mereka yang membawa kereta dengan laju di kawasan kejiranan yang padat dan sesak..

Mudah mendapat pahala, atas sebab-sebab cacian dan makian penduduk setempat sebab memandu laju..Kalau berlaku kemalangan  dan kemudiannya melanggar orang, pemandu tersebut dengan mudah akan menjadi terkenal sebab dia akan mendapat liputan media massa.. macam selalu kat tajuk hadapan Harian Metro..

Kalau langgar orang dan berjaya ditangkap penduduk setempat dan kemudiannya dibelasah, orang itu akan mendapat rawatan percuma kat mana-mana Klinik atau  Hospital 1 Malaysia, silap-silap boleh dapat khidmat guaman percuma..

JADI, BAWALAH KERETA LAJU-LAJU!!!

P/s: Entri ini adalah teguran sinis kepada sesiapa yang suka bawa kereta laju-laju dikawasan kejiranan..tenkiu pada Redzuan Dean atas teguran yang sangat membina ini..dan terdapat “hanjengan” disitew..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment