Betol-betol Gempak! Yeayyyy akhirya dapat KAD RAYA!!!

Oleh Kaki Wayang on



Perghhhh..MACAM menang Piala Dunia..begitula kegembiraan yang jelas terpancar itcheuw (itu).

Alhamdulillah..kini sudah sampai ke 25 Ramadhan tinggal 8 jam lagi dah masuk dah hari yang ke 26 Ramadhan..penantian akhirnya tiba jugak..dapat jugak aku merasa KAD RAYA yang dah berkurun dan berabad lamanya tak pernah nak dapat..itulah kuasa blogging..ramai blogger yang buat segmen (seb baek aku join segmen  tu) nak bagi Kad Raya termasuklah aku..NI SEGMEN KAD RAYA aku..dan terima kasih kepada yang join..diketika ini Kad Raya anda kini sudah berada dalam perjalanan menuju ke alamat yang korang berikan..tunggu jelah yerrr..

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar SMS takut tak sempat
Hantar Kad Raya pun kira ok WHAT..!!!

KAD RAYA PERTAMA


Hari ni, saje nak bagitau..aku dapat Kad Raya dari MusicBrilliant..ape ek korang agak-agak MB sampaikan dalam Kad Raya ini? Meh baca yer..tulisannya agak cam budak-budak ckit..sebab apa ek? Sebab dia tulis guna pensel..ngeeee…hanya budak darjah 1-3 je yang pakai pensel..hahahaha..jangan marah haaa MB..Ok dia tulis macam ni..:-

Assalamualaikum, Kaki Wayang!
Bila nak belanja tengok wyg?
Ho-ho-ho! Btw,
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI!
Maaf andai ada entri yang mengusik hati & perasaan.
Sekian.

Jawapan aku:-

Walaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh MB!..Kalau ko datang Muadzam Shah, kita leh g Kuantan..SURE aku belanja tengok wayang.. SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI jugak..!!! Entri ko xde satu pun yang berjaya mengguris hati ini..wah gitew..

KAD RAYA KEDUA


Kad kedua yang aku dapat ni datangnya dari Bro Eyriqazz..Blogger yang sangat aktif dengan aktiviti Nuffnang dan aktiviti berbuka puasa ketika ini..sejak seminggu ni..asyik post sal berbuka puasa jew..hahaha..Agaknya ape eh yang dia tuliskan dalam Kad Raya tu? Sebelum ke ucapan tu..dia ni seorang cikgu tau..pas tu dia suka berpantun..semua Kad Raya yang dia hantar kat sesape yang join..semuanya ada pantun..tulisan dalam kad ni agak macam tulisan DOKTOR ckit..hampir-hampir aku tak leh nak baca..ulang beberapa kali baru dapat baca dengan lancar..Meh baca meh..:-

Kaki Wayang nama nickname diberi,
Orangnya hensem kacak sekali,
Sekali pandang ada iras-iras Khairul Fahmi,
2 kali pandang, ada gaya jadi Imam Muda musim baru nanti

Selamat Hari Raya Eyriqazz ucapi,
Kad Raya seperti dijanji,
Sepuluh jari memohon maaf jika tersilap dan terkasar bahasa ini,
Terjahlah Eyriqazz.com hari-hari.

Jawapan aku tapi bukan balas pantun tau:-

Nama Kaki Wayang adalah ilham dari kekerapan aku menonton wayang setiap minggu..Buat pengetahuan Bro Eyriqazz..Aku ni tak de lah hensem atau kacak sekali..tapi hensem dan kacak banyak kali tau..ngeee (perasan)..Iras Khairul Fahmi??? tang mana tu..xde kot..kang Elia (bekas tunang KFCM) terpikat kat aku pula..Imam Muda? Amin Ya Rabbal Alamin..itulah yang aku harapkan..Nak dengar Azri (nama sebenar) bertilawah dan bertaranum ke? no hal..ce try..hehehehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak..Azri juga ingin memohon maaf atas segala komen yang diberikan kat blog bro eyriqazz..kot lah ada yang terkasar bahasa..dan buat pengetahuan semua..Blog Great Teacher itu tiap hari aku terjah..termasuklah disaat aku menaip entri ini....

By the way..im not student actually..hehehehe..aku ni dah keje dah pun kat Politeknik Muadzam Shah, Pahang..ni kali “seratus” orang salah anggap aku ni student..biasalah muda lagi kan tu yang orang anggap student tu..(kembang hidong sekejap)..hari tu lagilah “Pelajar Politeknik Johan Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Merdeka Terbuka Kuala Lumpur”..hahahaha..dah lah masuk UTUSAN MALAYSIA pulak tu..salah maklumat pula..tak pe, tak pe..AKU sebenarnya mengambil maksud STUDENT (maksud tersirat)itu atas sebab-sebab aku masih lagi insan kerdil dan serba kamil yang belajar mengenai kehidupan, agama dan macam-macam lagi..yang penting aku masih baru dalam dunia blog..masih belajar..so, aku dikira sebagai STUDENT..

Apa-apa hal pun..Kaki Wayang aka Azri ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab utuskan Kad Raya yang dah berkurun san berabad aku tak dapat..Thanks to Music Brilliant and Bro Eyriqazz..SUPERB CARD!!!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment