Betol-betol Hangat! Juliana Evans hanya Sahabat?

Oleh Kaki Wayang on


Bintang Raja Lawak, Zizan akui dia lebih selesa berkawan dengan pelakon dan pengacara, Juliana Evans berbanding menyimpul ikatan cinta di antara mereka berdua. Malah, Zizan Raja Lawak turut mendakwa mereka lebih sesuai bersama sebagai kawan dan bukannya sebagai pasangan kekasih. "Memang tak ada cinta antara kami, namun saya tak nafikan kami memang kawan rapat. Kalau diberi peluang untuk pilih Juliana untuk jadi sebagai kawan atau kekasih, saya akan pilih dia sebagai kawan.

"Kawan ni, kita boleh berkawan selamanya dan berkongsi segala masalah. Bercinta kalau tak sehaluan dah jadi lain dan kita akan mudah kehilangannya. Dia juga jenis yang ampu bezakan di antara kerja dan kawan," katanya mengulas mengenai gosip hubungan cinta antara mereka yang diperkatakan sebelum ini.

Menolak kenyataan wujudnya cinta lokasi ketika mereka sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng, Zizan Raja Lawak menjelskan, sememangnya perkara itu tidak berlaku. Malah, jauh sekali semua itu dirancang mereka bagi menarik perhatian umum untuk menyaksikan filem berkenaan.

"Tak ada bibit cinta di antara kami. Yang ada cuma keserasian. Disebabkan itu, senang untuk kami bekerjasama. Bukan kami yang merancang untuk mewujudkan gimik bercinta untuk menarik orang datang tengok filem ini," katanya lagi.

Ditemui pada majlis pra tonton filem Hantu Bonceng di Pawagam Odean, semalam, kata Zizan lagi , dia banyak belajar dan bertukar pendapat bersama wanita berkenaan.

"Dia banyak pengalaman dan banyak ilmu yang saya dapat daripadanya. Semua orang sekeliling kita merupakan aset buat kita dan saya tak mahu kehilangan aset tersebut. Apa yang pasti saya senang nak berbual dan berkongsi masalah bersamanya,"jelasnya lagi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment