Betol-betol Hangat! Kes Khalwat digugurkan!

Oleh Kaki Wayang on

RAJA AZMI...syukur 

“Hari raya tahun ini lebih bermakna bagi saya selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat keputusan saya dibebaskan dan tiada kes khalwat antara saya dengan Roslin,” kata penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dalam nada yang ceria. 

Dia berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam, selepas pihak Jawi dalam siasatan mereka mendapati tiada kes khalwat berlaku antara Raja Azmi dan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim. 

“Kejadian ini (tuduhan khalwat) berlaku pada Ramadan tahun lalu bagaimanapun Ramadan tahun ini semuanya sudah berakhir. Saya bersyukur kerana mendapat berita gembira ini di bulan puasa,” kata isteri kepada bekas jaguh beregu negara, Jalani Sidek itu. Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara Rabu ini untuk mendedahkan ‘rahsia besar’ serta apa sebenarnya berlaku sehingga mengheret dia dan Roslin di dalam tuduhan khalwat itu. 

“Segala-galanya akan didedahkan pada hari itu. Saya akan tunjukkan bukti dalam sidang media itu nanti. Orang dah malukan kita, jadi inilah masanya saya bersihkan kembali nama saya yang tercemar,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai sidang media itu sehingga tiba hari sebenar. Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi, 52, dituduh berkhalwat dengan Roslin, 36, sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini jam 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat. Selain kes khalwat itu, pada 20 Ogos tahun lalu Raja Azmi juga ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini, kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment