Tajuk agak kontroversi sikit..al-maklumlah bulan puasa..lebih-lebih lagi cite sal S**S tuttt..ok dah lupakan sal otak korang yang kuning itew..entri kali ini adalah mengenai soal jawab mengenai kesihatan..ianya khas untuk wanita..lebih-lebih lagi bagi mereka yang menghidap Kanser Payudara..mintak-mintak dijauhkan lah yer..dikesempatan ini Ustaz (perghhh ustaz siott..kontroversi sangat) nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di mana sahaja mereka berada..tanpa membuang masa jom kita baca dan lihat topik yang dibincangkan ini.
Soalan
SAYA banyak membaca artikel mengenai wanita takut kehilangan payu dara lebih-lebih lagi apabila mereka disahkan menghidap kanser payu dara. Perkara ini menyebabkan mereka takut untuk berjumpa doktor walaupun merasakan ada ketumbuhan kecil. Saya ingin bertanya, jika wanita kehilangan payu dara, adakah fungsi atau rangsangan seks mereka juga akan hilang?
Jawapan
Memang tepat sekali, payu dara adalah aset yang amat berharga kepada setiap kaum wanita. Ia merupakan lambang kewanitaan dan juga sebagai daya tarikan seksual. Sebab itulah seseorang wanita amat gusar jika mereka merasakan ada ketumbuhan kecil pada payu dara mereka. Mereka takut akan kehilangan payu dara jika benar menghidap kanser. Keputusan untuk membuang payu dara bergantung kepada saiz kanser dan saiz payu dara. Jika kanser sudah besar tetapi payu dara juga besar, maka bentuk payu dara yang asal masih dapat dikekalkan selepas pembedahan. Tetapi jika kanser besar dan payu dara kecil, terpaksalah dibuang sepenuhnya payu dara itu bagi mengelakkan ia merebak ke organ lain. Saya mengharap seseorang wanita tidak sepatutnya menganggap semua ketulan yang dirasai adalah kanser. Kebanyakan ketulan di payu dara bukanlah kanser. Ia disebabkan oleh masalah lain seperti fibroadenoma, fibroadenosis, nekrosis lemak, sista dan sebagainya. Cepat-cepat berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan penyiasatan. Dengan itu perawatan yang sewajarnya dapat diberikan mengikut diagnosis masing-masing.
Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Untuk pengetahuan anda, otak adalah organ seks yang paling utama. Payu dara dan organ kelamin bukanlah organ seks yang utama. Jadi jika seseorang wanita kehilangan payu dara, fungsi dan rangsangan seks mereka masih wujud. Pemikiran yang tenang dan selesa akan memberikan hubungan seks yang baik. Bau busuk dan ketidakselesaan hanya memadam api ghairah dan kehendak mana-mana pasangan. Semua itu berpunca daripada pemikiran. Bau yang harum, wangi, kulit yang bersih dan persediaan menjaga kebersihan mampu membuat pemikiran berfikiran lebih jauh dan seksi, malah menjadi ghairah. Ghairah yang dibangkit dengan perlahan dan semula jadi akan menghasilkan libido (nafsu seks) yang hebat. Oleh itu ingatlah, organ seks yang penting dalam hubungan seks adalah otak.
P/s: Semoga kita (especially kaum Hawa) dijauhkan daripada penyakit nombor satu wanita ini..dan semoga di hari, dibulan yang mulia ini kita dapat sama-sama menambahkan amal kebajikan kita..Selamat Berpuasa..dan selamat beramal..