Betol-betol Sengal! Cekik isteri ketika berbuka!

Oleh Kaki Wayang on

http://farhan271094.files.wordpress.com/2011/01/suami-vsa-isteri.jpg?w=540&h=510
Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 30 tahun mengugut mahu membunuh isterinya selain memukul dan mencekik wanita itu ketika berbuka puasa selepas ditegur isterinya berikutan tindakannya yang marah-marah di rumah mereka di Kuala Kubu Baru, di sini. Sumber berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam Khamis lalu, mangsa yang berusia 30 tahun dicekik suaminya selain memaki hamunnya.

“Mangsa kemudian ditolak ke dalam bilik air. Mangsa terjatuh dan cuba bangun, namun suaminya menyimbahnya dengan air sebelum ditinggalkan bersendirian,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mengugut mangsa mahu membunuhnya jika mangsa membuat laporan polis. Atas nasihat keluarga, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment