Betol-betol Sengal! Jual anak perempuan!

Oleh Kaki Wayang on

http://alkiram.net/salam/wp-content/uploads/2007/03/baby-girl.jpg
Sekadar gambar hiasan

Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Mexico melancarkan siasatan terhadap laporan berhubung laporan bahawa masih ada masyarakat Orang Asli negara itu meneruskan amalan menjual anak perempuan seperti yang dilakukan nenek moyang mereka. Suruhanjaya itu menamakan masyarakat Tanah Tinggi Mixtec di Oaxaca, negeri di selatan negara itu sebagai antara kumpulan yang menjual kanak-kanak perempuan berusia antara 11 dan 15 tahun.

“Ibu bapa mencari jalan untuk berunding dan menukar anak perempuan mereka dengan wang, sama ada dengan bakal suami mereka atau keluarga yang kemudian membawa kanak-kanak itu ke bandar untuk membantu dalam kerja domestik,” menurut kenyataan suruhanjaya itu. Ia tidak menyebut sejauh mana amalan itu berleluasa.

Kanak-kanak itu dijual dengan harga sehingga 3,000 peso (RM735) atau sama harga dengan barangan seperti lembu, kekacang atau jagung.

Ibu bapa akan menyerahkan semua hak terhadap anak mereka. Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Orang Asli di Oaxaca, Hugo Aguilar Ortiz bagaimanapun berkata, dia tidak pernah mendengar laporan mengenai penjualan kanak-kanak.

Aguilar, anggota masyarakat Tanah Tinggi Mixtec berkata: “Ini bukan amalan masyarakat saya.

“Apabila anggota masyarakat kami berkahwin, sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga pengantin lelaki memberi hadiah wang atau lembu dan produk lain untuk majlis perkahwinan dan membantu pasangan itu memulakan hidup baru.” Bagaimanapun, menurutnya, tradisi itu tidak termasuk kanak-kanak bawah umur dan bukan urusan jual beli.

Mixtec ialah masyarakat orang asli kedua terbesar di Oaxaca. Pejabat Hak Asasi di negeri itu berkata, ia tidak terbabit dalam siasatan itu. Siasatan itu dijalankan sendiri oleh suruhanjaya kebangsaan. Jurucakap pejabat Hak Asasi Oaxaca, Juan Pablo Ceja berkata, dia tidak pernah menerima aduan mengenai kegiatan itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment