Betol-betol Sengal! Naik Berahi dalam bas!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieHDaO7WMjt9LIT9nDWljxBhZQstRfCoK2-4u1g4KrB3mRjbFtUi1iQ78ZvJ70RaCsCvLh2b_y3BoBf6rUkoK5shnCKu1v4NsUhwLlzZ7QLLZAaoY5pxjzI-AswnqK7TfEqBov6hmqCRo/s1600/rok5.jpg 
Sekadar gambar hiasan!!! Upssss

Seorang lelaki dipercayai ‘gila seks’ bukan saja cuba mencabul kehormatan seorang gadis, malah bertindak samseng apabila cuba memperkosa mangsa di dalam bas yang sedang bergerak dan dipenuhi penumpang, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar kolej berusia 20 tahun itu menaiki bas berkenaan dari Terminal Bas Milimewa untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, kira-kira jam 4 petang.  Bas terbabit berhenti dan dinaiki seorang penumpang lelaki berusia 35 tahun yang duduk di sebelah mangsa sebelum mereka berbual dan pada masa sama lelaki terbabit cuba meletakkan tangan di bahu gadis itu, tetapi dihalang mangsa.

Lelaki itu mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa dan penumpang lain menegur tindakannya dan mangsa yang berang dengan perbuatan itu menolak suspek menyebabkan dia berang.

Seperti dirasuk hantu, suspek cuba memeluk dan menanggalkan skirt dipakai mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan beberapa penumpang lain kemudian campur tangan sebelum menahan suspek dan diserahkan kepada polis.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment