Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai peperangan. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.
“Ada sesiapa diantara kamu yang boleh berikan sebab kenapa kamu bencikan peperangan?” tanya guru tersebut.
Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.
“saya bencikan perang, sebab perang akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan matapelajaran sejarah,” jawab pelajar itu.
Lukisan : Yazid Yahya @ The Plain Yard