Betol-betol Hangat! Bekas hamba seks akan saman lelaki lacurkannya

Oleh Kaki Wayang on


Seorang wanita Thailand yang pernah menjadi hamba seks semasa dia berumur 13 tahun, Jetsadophorn Chaladone berhasrat untuk menyaman seorang lelaki Sydney yang bertanggungjawab melacurkannya di rumah pelacuran miliknya pada 1995, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia diseludup untuk bekerja di sebuah rumah pelacuran dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lebih 100 lelaki. Selepas 10 hari, dia ditangkap dalam satu serbuan pihak imigresen dan diusir pulang.

Kini dengan bantuan bekas detektif polis Australia, Chris Payne dan seorang pembikin filem, Luigi Acquisto, wanita tersebut merancang untuk menyaman pengendali rumah pelacuran tersebut.


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment