Betol-betol Hangat! Jamaica catat rekod baru dunia 4X100 meter

Oleh Kaki Wayang on

 
Nesta Carter (kiri), Michael Frater (dua dari kiri), Yohan Blake dan Usain Bolt (kanan) meraikan kejayaan mereka memecah rekod dunia 4x100 meter lari berganti-ganti pada final Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan, semalam.
Usain Bolt memimpin kuartet Jamaica menjuarai acara 4x100 meter dengan catatan masa 37.04 saat yang merupakan rekod baru dunia pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Dunia, semalam. Kuartet yang dianggotai Nesta Carter, Michael Frater, Yohan Blake dan Bolt memadamkan rekod sebelum ini iaitu 37.10 saat.

Ia satu-satunya rekod dunia yang dicipta pada kejohanan dunia edisi ke-13 ini yang melabuhkan tirai selepas selesainya acara terakhir itu. Perancis meraih pingat perak dalam masa 38.20 saat, sementara gangsa jatuh kepada Saint Kitts dan Nevis yang menamatkan perlumbaan dalam 38.49 saat.

Pasukan pilihan, Amerika Syarikat gagal menamatkan saingan selepas pelari ketiganya, Darvis Patton berlanggar dengan pelari Britain dan terjatuh sebelum sempat menghulur baton kepada rakan sepasukan, Walter Dix.

Kuartet Britain juga gagal meneruskan perlumbaan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment