Betol-betol Keliru! Mat Indera bukan anggota PKM!

Oleh Kaki Wayang on

http://media1-cdn.malaysiakini.com/396/01d1efa2cf4b4dfb1cd2b00669cc344b.jpg

Mat Indera tidak pernah jadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM), demikian kata adiknya, Baharom Shah Indera, 65. Baharom berkata, abangnya seorang mendalami bidang agama dan pernah mengajar di sekolah agama dan mustahil sanggup jadi anggota parti komunis atau berpegang dengan fahaman komunis.

“Itu tidak benar sama sekali,” katanya di Pejabat Agung Pas di sini, semalam.

Mengenai peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, Baharom berkata, dia difahamkan abangnya tidak terlibat dengan serangan.

“Dia datang lewat ke tempat kejadian, itu pun bukan untuk menyerang tetapi menyelamatkan mangsa yang diserang komunis. Antara terselamat, Allahyarham Yusof Rono. Saya pernah jumpa arwah Yusof dan Yusof mengaku dia diselamatkan abang saya,” katanya. 

http://penjualubat.files.wordpress.com/2010/06/bukit-kepong.jpg

Yusof adalah seorang daripada empat anggota polis terselamat. Dia juga kekal sebagai satu-satunya anggota yang terus berkhidmat dalam pasukan polis selepas tragedi Bukit Kepong, Yusof meninggal di Melaka pada 14 April 2005 dalam usia 82 tahun.  Baharom berkata, Mat Indera seorang yang sangat taat pada perintah agama, malah sering mengingatkan adik-adiknya berkaitan hukum-hakam agama.

“Apa yang dia sering beritahu keluarga adalah semangatnya yang mahu bebaskan negara daripada penjajah. Ketika itu dia bekerja di Pelabuhan Muar dan mula berjuang sebagai Ketua Kesatuan Buruh Pelabuhan pada 1948,” katanya.

Ditanya bagaimana abangnya boleh masuk hutan dan terlibat dengan komunis sedangkan dia bukan anggota parti komunis, Baharom berkata, Mat Indera masuk hutan kerana diburu penjajah Inggeris.

“British mahu tangkap dia, dengan ganjaran RM25,000 dan dinaikkan kepada RM75,000, selepas peristiwa Bukit Kepong apabila Mat Indera dikaitkan sebagai ketua serangan, ”katanya.

Sebelum masuk hutan, kata Baharom, abangnya pernah berkhidmat sebagai guru agama di Pontian dan Parit Setongkat, Muar.

“Itulah diri abang saya sebenar, dia orang agama, pejuang kemerdekaan kerana dia tak dapat selindung semangatnya yang sentiasa meluap-luap mahu halau penjajah dari tanah air,” katanya.

Baharom berharap, kerajaan dapat membersihkan nama abangnya daripada dilabel sebagai pengkhianat.

“Dia sayangkan negaranya, tanah airnya, bangsanya, janganlah terus anggap dia begitu. Saya akui dia pejuang sayap kiri (bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya, PKMM yang diharamkan British) tetapi dia bukan pengkhianat.

Dia seorang yang tegas dalam menyatakan kemahuannya menentang penjajah, sebab itu British mahu tangkap dan bunuh dia,” katanya. Baharom berkata, dia dan keluarganya terkilan kerana negara sudah 54 tahun merdeka, tetapi abangnya terus dianggap pengkhianat.

“Cerita pengkhianat ini datang daripada British, sedangkan negara kita sudah merdeka, takkan kita nak percaya cakap penjajah lagi? ,” katanya.

Baharom turut mengharapkan kerajaan dapat mengkaji dan menulis semula sejarah, supaya rakyat tidak terus dimomokkan dengan fakta tinggalan penjajah.

“Ada anak murid abang saya masih hidup boleh tampil membuktikan siapa sebenarnya abang saya,” katanya.

Menurut Baharom, mereka sekeluarga menyambut baik usaha pihak yang mahu mengangkat nama abangnya kerana mereka sejak dulu, menganggap Mat Indera adalah pejuang negara, bukan petualang seperti dikatakan dalam sejarah.

P/s: Aku ni taklah buta sejarah..tapi dunia sejarah Malaysia kini menyebabkan aku buta SEJARAH..tak tahu mana yang betul..PAS atau UMNO..sejarah pun nak dipolitikkan..AKU DAH SEMAKIN KELIRU!!!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment