Betol-betol TAK Hangat! Masterchef Malaysia yang sangat berterabur!

Oleh Kaki Wayang on

http://limauais.com/wp-content/uploads/2011/04/MasterChef-Malaysia.jpg 

Aku ni merupakan salah seorang lelaki yang sangat suka memasak..setiap rancangan realiti tv mengenai masakan atau apa jua yang mengenengahkan resepi-resipi masakan, aku memang suka sangat nak tengok..dan pada kali ini buat pertama kalinya MasterChef Malaysia diadakan..Pertamanya setinggi-tinggi tahniah atas penganjuran buat julung kalinya MasterChef Malaysia yakni menampilkan chef-chef terkenal Malaysia (terkenal keww)..tapi rasanya macam kebanyakannya orang kampong je..berbanding dengan masterchef luar Negara yang kelihatannya gempak dan lebih tersusun akan jalan ceritanya dan tentatifnya..

Minggu lepas episode pertama telah berlangsung dengan jayanya walaupun pada aku sangat tak berjaya..dengan pelbagai iklan mengenai pertandingan itu menampakkan ianya begitu eksklusif..namun tanggapan itu sebenarnya meleset sama sekali..para peserta kelihatannya seperti budak kampong yang sangat kampung..even orang kampung pun tak macam tu..

Bila ditemubual..kelihatannya sangat static..macam dirancang akan patah perkataan setiap peserta..peserta melayu pula bila ditemubual kelihatan tergagap-gagap..yang boleh cakap Bahasa Inggeris pun begitu juga..akhirnya keluarlah perkataan Manglish nyer itew..sangat tak sesuai occay..mana yang Grammar berterabur tu tak kisahlah..tapi yang tergagap-gagap macam baru nak belajar cara bercakap tu memang aku tak leh blah..

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0927/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_06.1.jpg

Para juri pula kelihatan sangat tegas mengalahkan juri-juri masterchef luar negara..sebelum terlupa..dalam episode ini boleh lah digambarkan sebagai episode yang sangat berterabur dan bermandi darah..asyik-asyik para peserta terpotong jarilaaa..tak kurang pula yang menangis sebab potong bawang..aiyooo..sangat tak professional occay..

Harapan pada minggu kedua akan lebih hebat dan segala kelemahan akan diperbaiki..bukan menambah kelemahan itu menjadi suatu keburukan yang memburukkan chef-chef Malaysia..

 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment