Edisi Khas Soal Jawab! Ayah anak luar nikah

Oleh Kaki Wayang on

JIKA seorang isteri melahirkan anak luar nikah bersama lelaki lain, adakah anak itu boleh dibinkan dengan nama suaminya?

Jawapan:
ISLAM menetapkan bahawa nasab keturunan anak yang lahir dalam masa perkahwinan antara kedua-dua pasangan suami isteri kepada suami wanita itu dengan syarat suaminya tidak membantah atau menafikannya.
Oleh itu, anak terbabit boleh dibinkan dengan nama suami wanita berkenaan. Ini kerana apabila Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Anak adalah bagi yang mempunyai hamparan.” Maksud hamparan di sini adalah suami wanita itu.

Bagaimanapun, perbuatan zina masih salah dan haram. Mereka yang melakukannya hendaklah bertaubat kepada Allah dan berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan itu lagi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment