Betol-betol Sengal! Steven Tyler Suka Pakai Baju Perempuan

Oleh Kaki Wayang on


Steven Tyler dan Liv Tyler

MELIHAT cara vokalis rock Aerosmith iaitu Steven Tyler, pasti ramai yang kagum dengan gaya uniknya. Bagaimanapun, anak perempuan Steve, Liv Tyler membocor rahsia bahawa bapanya itu suka memakai bajunya.

"Ia kedengaran agak lucu tetapi memang ayah selalu 'mencuri' baju-baju daripada almari saya. "Ayah memang suka memakai baju perempuan. Kadang-kala saya saja mengusiknya dan berkata, cantik baju ayah," seloroh Liv.

Bagaimanapun, Liv bangga memiliki seorang ayah seperti Steve kerana walaupun sudah berusia, ayahnya masih lagi ligat dalam industri hiburan Hollywood. Malah, dia juga rasa seronok apabila Steve menjadi juri program popular American Idol.

"Bagi saya, ayah merupakan seorang lelaki yang hebat. Dia selalu membuatkan saya tertawa dengan perwatakan 'gila-gilanya'," ujarnya. 
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment