Edisi Soal Jawab Agama! Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMmUj20YkkUXzEpLnxFkwYfzbMWIG8LHerQiTQMdGJjXziWylmvvGOAfBOj5s_BUJCkhuKORSoKRsRJAp3379EuI5DCgi4R_kBYnRZCenWpCgETscEA2woECSGygVb8xxQED2CsEhiLdZH/s1600/supaya-binatang-korban-ni.jpg

Petikan dari: Al-Ahkam dan  E-Fatwa (Sila ke laman ini sekiranya kurang jelas)

Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam

Jawapan:

Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam.
Sila baca beberapa petikan soal jawab di bawah:

Petikan 1

Soal: Bolehkah kita membahagikan daging qurban kepada jiran kafir dengan alasan memuliakan mereka sebagai jiran.

Wa'alaikumussalam

Jawab:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan jawair dengan kadar kemampuan dan kelemahan yang ada pada kami, Insyaallah.

Telah disyariatkan bahawa mereka yang melakukan korban/udhiyah  memakan sebahagian dari daging, memberikan sebahagiannya sebagai hadiah dan juga memberinya sebagai sedekah. Firman Allah swt :- 


"dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." - [Surah al-Haj ayat 28].

Didalam sebuah hadith juga meriwayatkan bahawa daging korban ini hendaklah dimakan sedikit bersama-sama dengan kaum keluarga, disimpan dan diberikan, sebagaimana hadith riwayat Salamah ibn al-Akqwa' ra. berkata bahawa Nabi saw bersabda :- 


"Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan" - [Hadith riwayat al-Bukhaari]. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh A'isyah ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

"Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim].

Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam komentarnya terhadap pemberian daging korban kepada orang kafir, kata beliau :

"Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga, jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al-Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman."

Fatwa ini menunjukkan bahawa seorang ibu yang masih kafir boleh menerima korban si-anak atas dasar berlaku baik kepada kedua ibu-bapa, begitulah juga dengan jiran dan kaum keluarga yang masih tidak beriman.

Islam membenarkan daging korban diberikan kepada orang kafir asalkan mereka tidak terlibat memerangi dan menzalimi orang-orang Islam. Termasuklah jiran-jiran kita yang kafir yang kita kenali dan bergaul dengan mereka, sudah tentu mereka tidak terlibat memerangi kita. Disini kami memetik fatwa bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin yang berkata :- 

"Adalah dibolehkan untuk memberi orang kafir daging korban atas nama sedekah selama mana orang kafir ini bukan dari kalangan mereka yang membunuh orang Islam. Jika mereka adalah salah seorang yang membunuh orang Islam maka tidak boleh diberikan mereka apa-apa, sebagaimana firman Allah swt :-
 
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah : al-Mumtahanah 8-9]". - [Fataawa al-Shiekh Ibn Utsaimin, 2/663].

Kesimpulan yang boleh kita ambil ialah, dibenarkan memberi daging korban kepada orang kafir, samada mereka itu jiran, kaum keluarga kita, orang miskin dsb, selama-mana mereka tidak berperang menentang orang Islam. WA.

wassalam.

Hukum daging akikah diberi kepada bukan Islam

SOALAN:

SAYA ingin mengemukakan soalan mengenai hukum daging akikah dan korban dimakan orang bukan Islam. Contohnya ketika kenduri kesyukuran. Apa pandangan ustaz mengenainya.

Ingin tahu.

JAWAPAN: HUKUM akikah dan korban mempunyai banyak persamaan, sama ada dalam hukum sedekah, hadiah, makan, menyimpan daging dan menentukan kadar daging yang dimakan adalah sama dan tiada perbezaan di dalamnya.

Bagaimanapun, ada sedikit perbezaan hukum antara kedua-duanya antaranya daging akikah itu hendaklah dimasak terlebih dulu, sedangkan korban diberikan dalam keadaan mentah; daging akikah jika diberikan kepada orang kaya nescaya akan menjadi miliknya, manakala daging korban jika diberikan kepada orang kaya tiadalah orang kaya itu memilikinya, hanya untuk dimakannya saja; dan amalan berkorban itu dituntut waktunya pada Aidiladha dan hari Tasyriq iaitu hari kesebelas, dua belas dan tiga belas daripada bulan Zulhijah.

Sementara akikah pula tidak terikat dengan waktu.

Oleh kerana daging akikah dan korban sunat dibahagikan kepada tiga bahagian, tidak ada halangan untuknya dimakan orang bukan Islam dan kita masukkan mereka ke dalam bahagian kita atau kerabat kita.

Jangankan yang sunat hukumnya, yang wajib pun Sayyidina Umar pernah memberikannya kepada orang bukan Islam dengan ucapan mashurnya “mereka adalah orang-orang fakir ahli kitab” ketika membuat keputusan untuk memberikan zakat kepada mereka.

Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum apabila ada jiran atau handai taulan kita yang bukan Islam, dengan kenduri macam ini boleh dikategorikan sebagai dakwah atau setidaknya menonjolkan keindahan Islam dalam bermasyarakat. Wallahu a’lam

Rujukan lain: Shameel Iskandar dan E-Fatwa
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment