Betol-betol Gempak! Koleksi Liz catat rekod dunia

Oleh Kaki Wayang on


NEW YORK: Koleksi barang kemas milik Elizabeth Taylor yang dilelong dalam satu acara lelongan di New York, mencecah AS$115 juta (RM367 juta), rekod tertinggi setakat ini, termasuk AS$11.8 juta (RM37.6 juta) untuk kalung mutiara dan AS$8.8 juta (RM 28.02 juta) untuk sebentuk cincin berlian, kedua-duanya pemberian Richard Burton.

Kalung mutiara yang mengandungi sebuah mutiara bersejarah dikenali sebagai ‘La Peragrina’ dibeli oleh Burton pada 1969 yang waktu itu berharga AS$37,000 (RM117,852).
 
Kalung yang dilelong malam tadi mencapai rekod dunia AS$11,842,500 (RM37.6 juta)

Kalung itu dianggarkan dapat dijual pada harga AS$2 (RM6.37 juta) hingga AS$3 juta (RM9.6 juta) dalam lelongan yang dibuat oleh pusat lelongan barangan kemas Christie serta barangan memorabilia kepunyaan mendiang.
Mutiara La Peregrina dikatakan satu daripada mutiara terpenting di dunia. Ia dihasilkan pada kurun ke-16 dan pernah dilukis oleh Velasquez. 
 
Ia pernah dimiliki oleh Raja Sepanyol, Philip II dan Ratu Mary I.

Burton meminta Cartier untuk menghiaskan mutiara itu pada kalung bertatah berlian dan batu delima.

Cincin berlian 33.19 karat juga diberikan oleh Burton kepada Elizabeth, yang dikahwini sebanyak dua kali itu, dibeli daripada seorang pembeli dari Asia dengan harga AS$8,818,500 (RM 28.0.2 juta).

Thomas W. Burstein daripada Christie berkata, hanya sekali saja cincin itu ditanggalkan daripada jari Elizabeth, iaitu ketika dia memberikan kepada sahabatnya untuk mencuba.

Elizabeth, dewi layar perak, bekas bintang kanak-kanak dalam National Velvet.

Dia yang pernah berlakon sebagai Cleopatra dan dalam filem ‘Who’s Afraid of Viginia Woolf?’, meninggal dunia di Los Angeles Mac lalu, ketika usianya 79 tahun.

Elizabeth adalah seorang daripada wanita tercantik dunia, pernah berkahwin lapan kali dan sering dihadiahkan barang kemas oleh peminatnya.

Koleksinya yang terkenal termasuk barang kemas daripada Cartier, Van Cleef & Arpels dan Chopard.

Barang-barang kemas yang dimiliki sepanjang lima dekad itu mempunyai kisah mengenai kehidupannya yang penuh warna-warni.

Antara barang yang dilelong termasuk pakaian gaun ‘couture’ yang dikenakan ketika perkahwinannya dengan Burton (dua kali)
 


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment