Betol-betol Hangat! Liverpool tambah derita Chelsea!

Oleh Kaki Wayang on


Liverpool menambah tekanan pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas selepas menyingkirkan pasukanya pada suku akhir Piala Liga menerusi kemenangan 2-0 di Stamford Bridge, semalam.
 
Villas-Boas sudahpun berada di bawah pemerhatian sejak beberapa minggu ini ekoran prestasi hambar pasukannya, termasuk kalah dalam tiga daripada empat perlawanan Liga Perdana, pada ketika Liverpool pula mencatat kemenangan kedua di Chelsea dalam tempoh sembilan hari.

"Liverpool terlalu hebat sepanjang permainan. Mereka mempunyai keinginan yang tinggi untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan dan kami gagal menanganinya. 

"Kami kena kritikal terhadap diri sendiri dan kena menerima keputusan ini,'' akui Villas-Boas. 

Dalam satu lagi perlawanan melibat dua gergasi Liga Perdana, Manchester City melangkah ke separuh akhir selepas menang tipis 1-0 ke atas Arsenal, berterima kasih kepada jaringan tunggal Sergio Aguero pada lewat minit. 

"Ia adalah kemenangan yang sukar kerana Arsenal bermain dengan sangat bagus. Kami mencipta jaringan yang hebat dan ia adalah gol sempurna hasil serangan balas. 

"Adalah penting untuk kami menang dan kami mahu cuba melayakkan diri ke final,'' kata pengurus City, Roberto Mancini. 

Di Stamford Bridge, Liverpool dihadiahkan penalti pada minit ke-20 apabila tendangan silang Jose Enrique terkena tangan pertahanan tuan rumah, Alex. Begitupun kemarau jaringan Andy Carroll berpanjangan apabila penyerang Reds itu gagal menyempurnakan penalti selepas tendangannya diselamatkan oleh Ross Turnbull.

Liverpool yang berjaya mendahului hasil jaringan Maxi Rodriguez pada minit ke-58. Gol kedua Liverpool dihasilkan menerusi pertahanan muda, Martin Kelly pada minit ke-63 selepas dia menanduk sepakan percuma yang diambil Bellamy. Di Stadium Emirates, aksi pertama Samir Nasri di Arsenal sejak berpindah ke City Ogos lalu tidak langsung terganggu, sebaliknya dia pulang dengan ceria membantu City berjaya meneruskan kemaraan. Satu lagi saingan, menyaksikan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff menang 2-0 ke atas pasukan bermasalah Liga Perdana, Blackburn, sekali gus meletakkan nasib pengurus pasukan Blackburn, Steve Kean kini dalam bahaya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment