Betol-betol Tak Suka! Ping BLOG yang paling aku benci kat Facebook!

Oleh Kaki Wayang on

Ketika ini, dunia blog di Malaysia semakin hari semakin meriah..tiap hari ada je blog yang dilahirkan..bilamana kita tak mampu untuk membeli domain dan hosting..akhirnya kita memilih untuk menggunakan Blogspot dan Wordpress sebagai medium untuk membuat Laman Web atau lebih popular sebagai BLOG..

Sejak hidup dalam kalangan blogger dan menyertai group Kelab Blogger dan macam-macam group blogger kita dihujani pelbagai "ping" ataupun iklan agar visitor yang membaca iklan itu akan membaca entri kita..

Tapi kan, blogger sekarang lebih mementingkan follower semata-mata..dan aku sebenarnya amat tak suka..pendek kata pantang bagi aku bila ada blogger bila ping macam ni:

"Ok dah follow, follow saya pula".

"Follow saya, nanti saya follow awak balik".

"Follow me then I'll follow u back"

Lebih kurang macam tu laaa..apa sebenarnya tujuan anda mahu berblog? Adakah anda hanya mahu blog anda penuh dengan followers yang entah-entah pas jadi follower terus hilang entah kemana..apa salahnya anda tarik mereka dengan isi-isi blog anda yang menarik..betul tak? Bila mereka tertarik dengan isi blog anda sudah tentu mereka akan setia dengan blog anda..dan percayalah..anda akan berjaya dengan cara itu..bukan dengan cara mencari follower semata-mata..


Betul..anda blogger baru..tapi percayalah anda tidak perlu lakukan perkara itu untuk mendapat follower..just tarik mereka dengan entri anda yang menarik..



Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment