Edisi Segmen Review! Blog cerita - Cer Citor!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum tuan punya blog..wah tahniah anda mempunyai blog yang agak baik pada sudut pandangan saya..Cuma macam biasa..ruangan chatting tu sebenarnya tak perlu..dan pada pandangan saya..anda Cuma perlu ubahkan font blog agar lebih kemas..

Blog anda merupakan salah satu blog yang kurang menggunakan widget dan itu sebenarnya satu kemajuan yang baik..dan dari segi entri blog pula..nampaknya anda begitu suka untuk mengemaskini dan update entri anda..itu bagus..dan anda juga mempelbagaikan tajuk dan judul bacaan anda agar kelihatan lebih pelbagai..

Namun begitu anda sudah seharusnya cuba untuk menulis artikel hasil tulisan sendiri agar kelihatan lebih kreatif dalam menghasilkan entri..kurangkan artikel yang diambil dari surat-suratkhabar tempatan..kalau nak ambil juga..sila olah isinya agar lebih asli dan kreatif..dan susunan kepada widget yang digunakan sangat perlu dilakukan..kerana..pengunjung akan lebih susah sekiranya mereka terus scroll ke bawah kemudian scroll semula ke atas untuk mendapatkan paparan utama..kalau boleh sediakan button..back to top atau apa jua button agar ianya memudahkan pembaca..kalau boleh sila buatkan scroll untuk bahagian ARCHIVE agar memudahkan pembaca jika bahagian itu sangat penting bagi anda..

Walaupun begitu, blog anda saya masih sifatkan sebagai blog yang baik untuk tatapan dan santapan minda pembaca..tahniah terpilih dan saya minta maaf jika sekiranya teguran ini buat anda kecil hati..tahniah sekali lagi..

Alhamdulillah..selesai sudah membuat review 5 buah blog yang rata-ratanya blogger baru..sebarang teguran yang diberikan dibuat berdasarkan kajian yang saya lakukan..dan terdapat juga pandangan peribadi yang kamu semua boleh memilih untuk ikut ataupun tidak..namun begitu, percayalah..dengan teguran inilah akan menyebabkan anda lebih matang bukan sahaja kepada diri anda, cara penulisan anda tetapi juga kepada blog anda sendiri..tahniah sekali lagi kerana terpilih..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment