Edisi Segmen Review! Dalam diam aku menulis - Silent Thinker!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum saudari Safiyah..Tahniah terpilih..apa yang saya boleh katakana di sini..wahhhh..blog anda sangat menampakkan yang anda seorang blogger wanita..dengan warna pink memang sesuai dengan jiwa wanita..pertamanya..dari segi widget..anda perlu membaca review blog-blog terdahulu agar anda tahu kenapa dan mengapa widget yang anda gunakan itu tidak sepatutnya digunakan..
Perkara paling asas yang saya perlu tegur adalah..kalau boleh tidak ada lagu dalam blog anda..kenapa? Pengunjung dan pembaca yang datang mempunyai perasaan yang berbeza-beza..tidak semua menyukai apabila mereka datang ke sesebuah blog tetiba pembacaan mereka diganggu gugat akan bunyi-bunyi lagu..sebagai contoh saya sendiri..saya tidak begitu menyukai blog yang mempunyai lagu.. 
Dari segi penulisan pula..alhamdulillah Cik ST kita ni mampu menjadi penulis yang baik..namun begitu anda perlulah mempelbagaikan judul bacaan dan memperbanyakkan artikel..sekurang-kurangnya 2-3 artikel sehari..lebih banyak lagi baik..kenapa? Agar pembaca anda tidak habis-habis akan sentiasa membaca blog anda..sebab anda mempunyai 2,3,4 artikel baru dalam sehari..dah siap baca satu artikel..dia akan terus ke artikel kedua dan seterusnya..dan sediakan button Facebook Share atau apa jua jenis perkongsian agar artikel anda dapat dikongsikan ke laman social yang lain..dengan itu, ianya akan dapat membantu capaian blog anda dengan orang dan pembaca yang lain.

Untuk menepati citarasa pembaca yang lain, anda juga harus menetapkan ruangan bacaan utama kepada 2 atau 3 post sahaja..kerana ia amat menyusahkan pembaca yang lain untuk scroll sampai ke bawah..ataupun anda boleh menggunakan platform "Read More" seandainya anda mahu juga letakkan lebih dari 5 tajuk perkara utama..penggunaan read more sangat berkesan bagi situasi ini.
Setakat itu sahaja yang boleh saya review..buang yang keruh ambil yang jernih…maafkan saya seandainya terkasar bahasa..keep blogging tau..jangan sedih-sedih dengan teguran saya ini..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment