Edisi Sentap! Anuar Zain Rela dipeluk dan dicium peminat!

Oleh Kaki Wayang on




Kisah Anuar Zain dipeluk dan dicium peminat fanatiknya bukanlah cerita baru. Bahkan Anuar sendiri pernah mengingatkan peminatnya agar tidak berbuat demikian. Benar, pernah satu ketika Anuar ‘rela’ diperlakukan sebegitu.

“Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas,” katanya yang dipetik secara meluas oleh media suatu ketika dulu.

Mungkin disebabkan kenyataan itu juga, Anuar telah dikritik teruk hingga terpaksa mengingatkan peminatnya untuk tidak berbuat demikian setiap kali melakukan persembahan selepas itu.

“Saya akan turun ke bawah, tetapi janji jangan peluk dan cium saya,” itu peringatan yang diungkapkan oleh Anuar untuk beberapa kali dalam sebuah konsert di ibu negara beberapa bulan lalu.

Tetapi nampaknya ‘ketegasan’ Anuar tidak bertahan lama. Kelmarin Anuar berada di Singapura untuk promo tour album terbaru beliau. Dikatakan ramai sekali peminat Anuar telah datang untuk melihat persembahan dan ramah mesra Meet & Greet Session bersama penyanyi itu di Singapore Expo.

Kemudian ia diteruskan pula di City Square Hall jam 4 petang untuk sessi menandatangani autograf.

Dan ketika inilah sesi ‘cium dan peluk memeluk’ terjadi lagi.

Anuar dilihat langsung tidak mengelak atau berkata TIDAK kepada peminat wanita yang memeluk dan menciumnya…bukan seorang pula tu!


KREDIT: MyNewsHub

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment