Edisi Sentap! Awas wanita baik hati

Oleh Kaki Wayang on

Hasrat satu keluarga dari pantai timur bergembira sambil bercuti di ibu kota berkecai selepas menempuh detik hitam ‘dikurung’ dua hari di sebuah hotel sebelum dipaksa membayar RM5,000 jika ingin dibebaskan.

Malah, pasangan suami isteri berusia 20-an bersama anak lelaki mereka turut dipaksa menandatangani surat perjanjian penyerahan kereta mereka kepada dua lelaki yang pada mulanya berjanji untuk membantu membaiki kenderaan mangsa yang rosak.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa keluarga terbabit berakhir apabila lelaki terbabit menghantar mereka ke Hentian Bas Putra, di sini, Isnin lalu selepas memberi RM200 sebelum mereka melarikan kenderaan mangsa.

Keluarga terbabit yang trauma dengan kejadian berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. 

Sumber berkata, kejadian bermula apabila kereta dinaiki keluarga terbabit mengalami kerosakan ketika melalui Jalan Raja Laut, di sini, kira-kira jam 6 petang, Sabtu lalu.  

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment