Edisi Tips Blog! Blog anda untuk di FOLLOW atau di BACA?

Oleh Kaki Wayang on


Soalan ini sering bermain dikepala aku sejak dahulu..semakin hari semakin ramai blogger-blogger baru yang tampil dengan pelbagai genre dalam berblog..ada yang menggunakan pengalaman hidup, agama, tips, tutorial dan macam-macam lagi sebagai isi blog mereka…

Namun begitu, pernahkah anda terfikir bahawa blog anda sebenarnya bertujuan untuk apa? Adakah ianya untuk di follow atau meraih follower semata-mata? Atau adakah ianya (blog) untuk dibaca? Tepuk dada tanya lah selera anda..

So, adalah lebih baik kalau sekiranya anda berblog hanya untuk mencari follower..bukankah lebih baik anda tak perlu untuk menulis sebarang artikel dan raihlah follower semata-mata..ataupu ikut situasi ini..anda mempunyai kelebihan dari segi tulisan anda..kreatif dan berinovasi..kemudian ramai pembaca begitu tertarik dengan blog anda dan mereka kini sudah menjadi follower anda yang begitu setia..mana yang lebih baik?

Untuk mempunyai follower yang ramai sudah tentu memerlukan usaha yang tinggi..so, teruskan berblog dan penuhi blog anda dengan informasi dan tips-tips menarik..kerana usaha seperti inilah yang mampu membuahkan hasil kepada diri anda dan blog anda sendiri..kepuasan berblog adalah dengan usaha yang mebuahkan hasil..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment