Edisi Agama! Terpelanting dari Titian Siratulmustaqim!

Oleh Kaki Wayang on

Ini adalah rumusan yang saya ambil dari buku bertajuk "Terpelanting dari Titian Siratulmustaqim". Penulisnya tak ingat sebab buku tu ada orang sedang meminjam.

Hisab

- Golongan pertama yang akan dihisab adalah umat Nabi Muhammad S.A.W

Manusia pertama yang akan dihisab:-
- Orang yang mati syahid
- Orang yang belajar dan mengajar ilmu & pandai baca Al-Quran

Golongan terakhir dihisab adalah orang kafir

- Orang yang diringankan hisab:-
Adalah orang yang beriman & kuat iman yang sentiasa bayar zakat, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji bagi yang mampu dan meninggal dunia dalam keadaan Islam.

- Orang yang diberatkan hisab adalah orang yang lemah iman.
Secara umum, manusia yang dihisab terbahagi kepada 3 golongan:-

- Mereka yang bertaqwa dan tidak memiliki dosa besar;
- Mereka yang mencampur aduk kebaikan & keburukan; dan
- Golongan kafir

5 golongan bebas hambatan melintasi Titian Sirat, Masuk Syurga Tanpa Dihisab (kalau timbang pun, confirm piring cerah lebih berat):-

- Golongan bertawaqal kepada Allah;
- Golongan yang sentiasa tunai solat malam;
- Para ulama yang mengamalkan ilmunya;
- Pejuang agama Allah (memerangi orang bukan Islam hingga mati terbunuh) & orang yang suka memaafkan orang lain;
- Golongan yang sentiasa mengingati Allah tidak kira masa. Yang sentiasa berzikir, sentiasa ingatNya pada waktu kerja, belajar mahupun aktiviti duniawi lain.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment