Edisi Hangat! Lisa Surihani Pilihan Imam Muda Asyraf!

Oleh Kaki Wayang on


pix_middle

ASYIK rasanya memerhati setiap satu ‘timeline’ Twitter si pemilik senyuman manis juga juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.

Larut malam memang mengundang senyum sendiri memantau persoalan yang dilontarkan kepadanya dan setiap jawapan yang diberi. Beratus-ratus soalan diberikan oleh peminatnya dan jika ada kelapangan, lekas Asyraf menjawabnya.

Foto
Kiranya, program televisyen yang pernah dikendalikannya sebelum ini, Soal Asyraf sudah diteruskan pula di laman sosial Twitter miliknya pula.

Jelasnya berseloroh: “Ustaz muda pun sudah maju ke depan, tak perlu lagi mengadap ke sesi khas atau berjumpa di masjid sebaliknya sebarang keraguan dan persoalan berkaitan ilmu agama sudah boleh dimajukan terus kepadanya melalui Twitter.”

Kelakarnya, undangan ke sesi fotografi petang itu juga dilakukan menerusi Twitter saja kebetulan asyik melihat reaksi Asyraf kepada setiap pengikutnya.

“Saya sendiri kagum apabila sudah boleh mendekatkan diri dengan mereka yang dahagakan jawapan dengan cara yang mudah. Maklumlah, Twitter sedang ‘in’ sekarang dan saya tidak mahu ketinggalan,” katanya.

Mengenakan persalinan moden tanpa kopiah yang sinonim dengannya sebelum ini, anak muda berusia 27 tahun juga kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini tampak berbeza dan lebih dinamik.

Mengakui sedikit janggal pada mulanya, namun selepas diajak bersembang dan mengalih tumpuannya daripada sibuk membelek pakaiannya, Asyraf mula rancak berkongsi cerita mengenai ‘dakwah moden’ yang kini menjadi rutin harian setiap malam.

“Macam ketagih pun ada juga apabila sibuk melayan Twitter kerana ia mengkhayalkan dan mengisi masa dengan rasa seronok. Isteri saya sendiri pernah bertanya kerana ada kalanya saya tersenyum sendiri ketika membelek telefon. Namun alhamdulillah, dia memahami dan menyokong apa yang saya lakukan.

Foto

“Bayangkan, setiap malam sebelum tidur atau ketika ada saja kelapangan, saya akan lekas membuka akaun Twitter dan sebolehnya menjawab semua yang bertanya. Walaupun begitu banyak soalan yang diajukan, saya akan cuba untuk melayan setiap satunya.

“Adakalanya saya sendiri tergelak kerana saya sudah seperti guru agama alam maya pula. Namun itulah keseronokan dan kepuasan yang saya terima apabila berjaya meringankan kekalutan seseorang atau menjawab kekeliruan yang ada. Sekurang-kurangnya, ruang sesawang sosial seperti ini tidak hanya berfokus pada keseronokan duniawi semata-mata.

“Jujurnya saya berpendapat, kaedah ini adalah terbaik dalam meletak usaha mendekatkan diri dengan golongan remaja dan belia. Mereka mungkin segan atau sukar untuk bertanyakan kepada mana-mana guru agama, mungkin payah untuk ke masjid mengikuti kelas agama. Lantas dengan bertanya menggunakan Twitter, apa yang membingungkan mereka dapat juga diselesaikan.

“Saya sangat gembira apabila begitu ramai golongan remaja yang mendekati serta berani bertanyakan soalan. Ini satu perkembangan yang baik apabila semua orang semakin nampak ia adalah satu ruang untuk merujuk sebarang keraguan,” katanya.

Kelakar apabila meneliti setiap soalan yang diberi dan ada juga antara pengikutnya yang bertanyakan soalan-soalan yang tidak relevan. Seolah-olah saja mengusik atau memperlekeh, ada juga antaranya yang tanpa segan silu menyentuh soal sensitif yang membuatkan graduan Syariah dari Universiti Malaya ini berkerut dahi sebelum membalas.

Jelas Asyraf, jika ada yang melampau atau menyentuh soal sensitif, ia akan dibiarkan saja.

“Namanya pun medium komunikasi yang tiada batasan, lantas soal persoalan pelik dan tindakan sesetengah yang ada kalanya melangkaui imaginasi itu sudah pasti terjadi. Namun berpaksikan pada fikiran yang waras dan pandangan yang optimis, saya hanya membiarkan saja atau cuba mengelak untuk melanjutkan komunikasi itu.

“Ada sesetengah mereka yang menghantarkan pesanan dan mesej secara peribadi (direct message) dan bertanyakan hal-hal ‘dalam kain’ hingga membuatkan saya sendiri malu dan berkerut dahi membacanya. Namun perlu diingat, nawaitu saya adalah ingin membantu dan berkongsi ilmu. Jadi sebolehnya saya akan cuba menjawab atau meninggalkan pesanan.

“Membaca segala soalan dan masalah yang dipaparkan kepada saya sudah menjadi satu komitmen dan tanggungjawab yang baru. Kini saya akan meluangkan masa untuk membantu setiap mereka yang mengharapkan jawapan.

“Saya melihat daripada perspektif berbeza. Jika mereka sudah selesa bertanya dan melontarkan apa saja keraguan yang ada, ia bermaksud mereka sudah percaya dan yakin. Bukankah ini satu kaedah yang baik dan bijak,” katanya yang boleh diikuti menerusi www.twitter.com/imammudaasyraf.

Mengalih sedikit topik perbualan petang itu, sisi peribadi Asyraf yang begitu bijak menyusun kata ini adalah sempurna dan kemas. Selain berjaya menempa nama sebagai seorang pelapis ilmu Islam muda dan memiliki profil kerjaya yang stabil, Asyraf juga kini bahagia menyulam cinta bersama keluarganya.

Berkahwin Februari dua tahun lalu bersama pilihan hatinya, Nur Husna Yusoff yang tiga tahun lebih muda daripadanya, diari hidupnya kini kian bersinar apabila dikurniakan anak pada 18 November lalu, Muhammad Aisy Raihan.

“Alhamdulillah hidup saya semakin indah. Selain berusaha menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan sentiasa peka dengan komitmen yang ada, saya diberikan pula cenderahati istimewa apabila Aisy muncul melengkapkan lagi kebahagiaan yang ada.

“Rezeki yang melimpah ini membuatkan saya bersyukur dan tidak mahu hanyut,” katanya merendah diri.

DALAM CERAMAH YANG DI SAMPAIKAN OLEH BELIAU BEBERAPA HARI YANG LALU BELIAU MENYATAKAN..(sambil berseloroh) Nasib baik dah kahwin..kalau belum..dah tentu Lisa Surihani jadi pilihan nak jadi isteri..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment