Edisi Informasi! 10 Teori Hari Kiamat!

Oleh Kaki Wayang on



Salam semua. Armageddon merupakan saat berakhirnya dunia. Tak kiralah dengan cara bagaimanapun, terasnya Armageddon atau Doomsday adalah suatu waktu yang pasti akan tiba dan kehancuran dunia akan berlaku. Namun bila dan masanya masih diragui. Namun ada sesetengah pihak khususnya yang pakar mengenai kajian alam semesta menyatakan tahun 2012 adalah merupakan saat di mana Armageddon akan terjadi. Terdapat 10 teori mengenai Armageddon.


1. Pemanasan Global

Bila saat pemanasan ini berlaku, ramai pihak tertentu yang risaukan bahagian dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan. Ini kerana, apabila pemanasan terjadi, ais-ais di bahagian dua kutub tersebut akan mencair dan boleh mengakibatkan banjir yang besar. Dalam 5 tahun kebelakangan ini, gempa bumi besar dan tsunami telah terjadi di kawasan timur bahagian bumi. Spesis penguin dan beruang kutub telah mengalami kesejukan yang melampau. Kesian!

2. Disember 2012

Pihak tertentu percaya bahawa pada bulan Disember 2012 akan berlakunya peristiwa Armageddon. Ada tarikh tertentu sebenarnya, iaitu antara 12 Disember 2012 dan 21 Disember 2012. Namun kepastian masih diragui. Ada filem dari luar negara yang memaparkan peristiwa Armageddon ini iaitu 2012. Filem tersebut benar-benar merujuk kepada peristiwa Armageddon.

3. Serangan Anasir Luar 

Para astronomi telah mengatakan bahawa terdapat sumber kehidupan dan air di Planet Mars. Jika kita sendiri membuat kajian dan membaca mana-mana fakta yang ditemukan oleh mereka, banyak yang kita dapat tahu mengenai anasir luar ini samada wujud atau tidak. 

4. Pelanggaran Asteroid

Mengenai Asteroid, bayangan pelanggaran asteroid adalah seperti filem yang dikeluarkan pada tahun 1998 iaitu Armageddon. Pemecahan meteor dan terjatuh ke bumi yang akan menyebabkan kemusnahan atau kerosakan pada hidupan di bumi nanti. 

5. Kenaikan gas akibat Rumah Kaca

Lapisan ozon melindungi kita dari sinar matahari yang berbahaya. Lapisan ozon menjadi suatu penapis yang amat berguna untuk segala hidupan di bumi. Namun akibat daripada rumah kaca yang akan menyebabkan lapisan ozon kita semakin tipis. Maka, suhu akan semakin meningkat dan akan menyebabkan cuaca semakin panas.

6. Komet menghentam bumi

Teori dari komet ini datangnya dari Armageddon juga serba sedikit. Komet ini akan menghentam bumi dan akan memusnahkan kota-kota di sepanjang Atlantik dan mengakibatkan tsunami humunguos. Komet ini lain daripada Asteroid kerana Komet mempunyai koma dan ekor. 

7. Y2K

Pernah dengar mengenai Y2K?. Semasa tahun 2000, ramai yang memperkatakan mengenai Y2K. Namun pada tahun 2012 Y2K sebenar bakal muncul kononya. Dikatakan, dinding Giza akan terbuka dan keluarnya dajjal. Suatu pasukan syaitan yang akan menyerang bumi. Namun, mungkin Amerika sebenarnya adalah syaitan. Mereka sendiri mempunyai kuasa besar di bumi dan mereka sendiri bertindak semakin kejam dari hari ke hari. Siapa tahu kan.

8. 19 Disember 1999

Dotson Meade percaya bahawa akan terjadi suatu peperangan yang akan terjadi yang mengakibatkan dunia akhir zaman. Peperangan tersebut akan tercetus tidak lama lagi. Hal ini berhubung dengan teori Y2K. Di mana suatu pasukan syaitan yang akan menggulingkan hidupan di bumi. Penemuan mengenai peperangan ini berdasarkan pada Gulungan Laut Mati. 

9. The House of Yahweh, Abilene

Merupakan suatu gerakan berasaskan keagamaan yang bertapak di Abilene, Texas. Gerakan ini begitu yakin dengan agama yang mereka pegang di mana menurut Tuhan umat Kristian, Yahweh. Yahweh merujuk kepada nama tuhan pada Hebrew Bible. Kultus meramalkan dunia akan berakhir pada tahun Oktober 1998. Dan pada tahun 2001 populasi dunia sebanyak 80% akan musnah. 

10. Harold Camping

Seorang ilmuan yang membuat kajian mengenai Doomsday. Iaitu dunia akhir zaman. Banyak jangkaan dan prediksi yang dilaksanakan olehnya. Mengenai pengiraan hari Doomsday dan philosophy mengenai Bible. Banyak pengiraan dan pengkajian yang dilakukan olehnya hinggakan menurut perkiraannya, tahun 2012 adalah tahun di mana berlakunya Doomsday atau Armageddon.

Namun sebenarnya, 10 teori tersebut merupakan teori sahaja. Bukan bermakna akan berlaku mengikut teori tersebut. Kuasa bukan di tangan kita. Karma juga bukan di tangan kita untuk tentukan. Semuanya sudah siap disediakan oleh Allah untuk kita. Anggaplah ini sebagai suatu pengetahuan dan ransangan untuk berfikir.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment