Edisi Informasi! Senarai Laluan Sesak Sempena Tahun Baru Cina!

Oleh Kaki Wayang on

Tiga laluan utama membabitkan dua di Lebuhraya Plus dari arah utara dan selatan serta laluan dari pantai timur menerusi Lebuhraya KL-Karak mula bertali arus sejak pagi semalam, berikutan ramai warga kota pulang dari kampung halaman masing-masing sempena cuti Tahun Baru Cina.

Berdasarkan maklumat Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik meningkat sejak jam 10 pagi.

Malah, aliran trafik dijangka meningkat dan menyebabkan kesesakan di beberapa laluan utama hari ini, khususnya membabitkan laluan dari Seremban ke Plaza Tol Sungai Besi, dari persimpangan Tapah ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Rawang ke Plaza Tol Jalan Duta, Damansara Utama ke Bandar Utama dan Plaza Tol Karak hingga ke Plaza Tol Gombak.

Berdasarkan pemantauan Pusat Pengurusan Trafik LLM, pada jam 4 petang semalam aliran trafik dari utara membabitkan laluan dari Plaza Tol Seberang Jaya hingga ke Plaza Tol Juru bertali arus dan bergerak perlahan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment